Pengenalan
Pemilik yang bercadang untuk membuat permohonan tambahan pindaan rumah kediaman bagi rumah teres 1 tingkat dan 2 tingkat jenis lot tengah (intermediate) yang telah memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan atau Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) boleh menggunakan Buku Pelan Setara. Majlis akan mengeluarkan kelulusan dalam tempoh 5 hari (bekerja) dari tarikh permohonan diterima.
Pelan Setara yang disediakan di dalam buku garis panduan ini digunakan sebagai ganti pelan untuk dikemukakan oleh pemilik kepada Majlis tanpa perlu mendapat khidmat perunding untuk diluluskan seperti mana yang terkandung di dalam peruntukan Seksyen 18, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS). Oleh itu, pemilik bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tambahan /pindaan yang dilakukan dari segi kestabilan dan kekukuhan struktur-struktur yang dibina. Pemilik hanya perlu memilih jenis tambahan / pindaan yang ingin dilakukan dan menandatangani setiap salinan yang telah dipilih. Adalah diingatkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Shah Alam tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas segala tuntutan, dakwaan atau tindakan yang diakibatkan dari pembinaan kerja-kerja tambahan / pindaan berkenaan.
Garis Panduan Pelan Setara ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam dengan harga RM50.00.
Cara Memohon
Mengisi Borang permohonan dan melengkapkan Pelan Setara. Untuk keterangan lanjut sila ke Kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat G, Wisma MBSA.
Lengkapkan pelan-pelan tersebut dengan:
Nama pemilik ; mengikut nama yang tertera pada salinan Perjanjian Jual Beli (Sales & Purchase Agreement)
Alamat Rumah
No. kad pengenalan
Kenal pasti jenis rumah, bahagian yang ingin dilakukan tambahan pindaan, ukuran lot, jarak bangunan sedia ada dari garisan sempadan.
Pilih lakaran yang sesuai dengan cadangan tambahan pindaan yang ingin dilakukan (Rumah Teres Dua Tingkat) atau Pelan Tambahan Hadapan Atas(Rumah Teres Dua Tingkat) dan sebagainya.
- Tandatangan pemilik pada setiap borang dan pelan lakaran.
Pemilik perlu mengemukakan permohonan permit meletak bahan binaan bersekali dengan permohonan tersebut.
Pemilik dikehendaki memohon perkhidmatan menggunakan tong RORO (Roll On Roll Off) bagi pembuangan sisa binaan. Bayaran bagi perkhidmatan ini hendaklah dijelaskan bersama bil proses tambahan pindaan di Kaunter G, Wisma MBSA .
Pemilik dikehendaki membuat bayaran fi proses, permit meletak bahan binaan, bayaran tong RORO dan denda (jika berkaitan) sebelum pelan dan surat lulus diserahkan.
Waktu Operasi Penerimaan Permohonan Lengkap Di Kaunter
ISNIN- KHAMIS
| : 8.00pg-4.30ptg
|
JUMAAT
| : 8.00pg-11.00pg, 3.00ptg-4.30ptg
|
Kadar
Bil yang dikeluarkan oleh Jabatan Bangunan.
Proses Pelan (RM) |
1. | Bayaran Proses Pelan
| 300.00 (setiap tambahan) |
2. | Bayaran proses Permit Meletak Bahan Binaan | 648.00 |
3. | Bayaran Perkhidmatan Kutipan Sisa Bahan Binaan (Tong Roro)
| 880.00
|
Garis Panduan Penggunaan Pelan Setara
*Garis Panduan Pelan Setara ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat 8, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam dengan harga RM50.00.
Muat Turun Garis Panduan Mengisi Borang
Semakan Bagi Kelulusan SP Kediaman
Pihak pemohon boleh membuat semakan kelulusan dengan klik link di bawah :
- PERMOHONAN PELAN SETARA KEDIAMAN - Google Sheets
Akta
- Undang-undang Kecil Selangor 1986
- Seksyen 70 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
Kaedah Bayaran
Kaunter Utama Lif A, Aras G, Wisma MBSA | - Kad Kredit/Debit
- Bank Draf
Pembayaran melalui Bank Draf dibuat atas nama :
- MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi bayaran bil proses
|
Hubungi
Jabatan Bangunan
Lif A, Tingkat 20, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 5133 samb. 1212
Faks: 03-5513 9472
Emel: bangunan@mbsa.gov.my