Kejohanan Badminton

​BERITA

Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Kejohanan Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong 2014
6 Jun 2014​

Adalah dimaklumkan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Kelab Shah Alam akan mengadakan Kejohanan  Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong 2014 yang berlangsung pada 6 hingga 8 Jun 2014 bertempat di Gelanggang Badminton, Kelab Shah Alam, Seksyen 13.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan dan komitmen saudara Foo Kok Keong,  bekas pemain badminton Negeri Selangor dan negara yang telah menyumbang tenaga dan bakti dalam menjulang nama Negeri Selangor dan negara di dalam sukan badminton di peringkat dalam negeri dan juga persada antarabangsa. Perjuangan dan kejayaan beliau dalam sukan badminton cukup membanggakan dan beliau juga merupakan salah seorang pemain di dalam skuad badminton negara yang berjaya merangkul Piala Thomas pada tahun 1992.

 Kejohanan  Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong 2014 akan berlangsung selama 3 hari melibatkan penyertaan kelab badminton dari seluruh negeri dan pasukan jemputan dari negara Indonesia, Thailand dan juga Singapura. Sebanyak RM40,000 jumlah hadiah keseluruhan dipertaruhkan pada kejohanan ini. Kejohanan ini akan mempertandingkan 5 kategori, iaitu;-

 

Bil.​

Kategori​

​Had Umur

​1.

Beregu Campuran Terbuka

Pemain Lelaki 50 tahun ke atas dan Wanita 30 tahun ke atas

2.​

Beregu Lelaki Terbuka

​30 tahun ke atas

​3.

Beregu Lelaki Terbuka Gabungan Umur 90 Tahun

Minimum umur 45 tahun ke atas

​4.

Beregu Lelaki Gabungan Umur 100 tahun

Minimum umur 45 tahun ke atas

​5.

Beregu Lelaki Gabungan Umur 110 tahun

Minimum umur 50 tahun ke atas


Bekas pemain badminton negara yang dijangka akan menyertai pertandingan ini adalah Foo Kok Keong, Razif Sidek, Rahman Sidek, Soh Goon Chup, Yap Yee Hup, Tan Kim Soon dan Lim Pek Siah.

Kejohanan ini juga merupakan inisiatif berterusan pihak MBSA untuk mempromosikan Shah Alam sebagai bandar raya sukan. Shah Alam mempunyai fasiliti sukan bertaraf antarabangsa yang boleh dijadikan tempat sukan untuk acara-acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Stadium Shah Alam, Stadium Tertutup Malawati, Litar Go-Kart, dan Pusat Akuatik Darul Ehsan.

​Majlis perasmian kejohanan badminton ini disempurnakan oleh YAB. Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid b. Ibrahim. Turut hadir bersama Datuk Bandar, YBhg. Dato' Hj. Mohd Jaafar b. Hj. Mohd Atan.​

badminton
badminton
Badminton
Badminton
Badminton
Badminton
Badminton
Badminton
Badminton
badminton
Badminton
badminton