Kempen Selamat balik Kampung

​BERITA

Kempen Selamat Balik Kampung

Kempen Selamat balik Kampung
22 Julai 2014
Paya Jaras (berhadapan Sekolah Vokasional), Sungai Buloh Seksyen U20, Shah Alam
 
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meneruskan Kempen Selamat Balik Kampung untuk kali ke 4 dengan memberi topi keledar (helmet) secara percuma kepada penunggang motorsikal khususnya di sekitar Shah Alam. Pada tahun ini Kempen Selamat Balik Kampung diadakan di kawasan Paya Jaras (berhadapan Sekolah Vokasional), Sungai Buloh Seksyen U20, Shah Alam bermula jam 11.00 pagi pada 22 Julai 2014. 

Sebanyak 300 unit topi keledar dewasa serta 20 unit topi keledar kanak-kanak sumbangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. akan diberikan kepada orang ramai secara percuma. Topi keledar yang disediakan ini menepati ciri-ciri keselamatan yang telah diluluskan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. 
 
kempen
Kempen
kempen
Kempen Helmat
Kempen Helmet
Kempen Helmet