Taman Botani Negara Shah Alam

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

Lokasi
Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.

Tarikan
Taman Bukit Cahaya Seri Alam merupakan sebuah taman pertanian pertama dan terbesar di Malaysia. Di samping sebagai sebuah pusat rekreasi, Taman Pertanian juga merupakan satu-satunya taman pemeliharaan semulajadi Malaysia. Taman ini juga berperanan sebagai pusat rujukan dan kajian dalam bidang pertanian. Keluasan taman ini meliputi 865 hektar dan menawarkan tempat-tempat menarik seperti sawah padi, taman kaktus, taman orkid, taman rama-rama, taman rempah ratus, tempat memancing dan sebagainya yang berkonsepkan alam semulajadi. Ianya amat sesuai untuk keluarga dan pelajar-pelajar serta dibuka untuk orang ramai.

Waktu Operasi
​Selasa - Ahad ​: ​0​8.30 pagi - 05.00 petang
(Taman akan ditutup pada hari Isnin kecuali cuti sekolah atau kelepasan awam)
 
Alamat
Taman Botani Negara Shah Alam,
40000 Shah Alam, Selangor.​
​Telefon   ​: 03-5510 6922 samb. 13
​Faks ​: 03-5510 0922