Lesen Komposit (Perniagaan / Perindustrian)

Pengenalan

Permohonan Lesen Komp​osit ini adalah lesen perniagaan/ perindustrian yang meliputi semua kawasan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Shah Alam. Lesen Komposit ini adalah gabungan lesen premis dan lesen papan iklan.​

Cara Memohon

  1. Borang boleh didapati di Kaunter Gerbang Perkhidmatan Shah Alam tingkat G Wisma MBSA, Pejabat Cawangan Sungai Buloh,Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.
  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama empat (4) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan.​​​​​​
  3. Borang Permohonan Lesen yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Gerbang Perkhidmatan Shah Alam tingkat G Wisma MBSA​.

Garis Panduan

  1. Borang D dan Borang A (ROB).​
  2. Borang 9 dan 49 (ROC) atau Borang 13 (tukar nama).  
  3. Salinan Kad Pengenalan.
  4. Salinan Pendaftaran Pertubuhan/Persatuan/Kelab.  
  5. Salinan CCC/CF.Salinan Permit Bangunan (Jika Berkenaan).
  6. Pihak tuan diminta merujuk Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF).​
  7. Contoh Lakaran Papan Iklan. Rujuk rajah A
  8. Contoh Lakaran Pelan Lokasi. Rujuk rajah B
  9. Contoh Lakaran Pelan Lantai​.Rujuk rajah C

Kadar

Butiran Barangan dan PerkhidmatanJumlah​​GST​Jumlah Selepas
(GST)
​Jenis​%​
Bayaran ​Proses Permohonan - Perniagaan​
​RM 50.00​
OS- RM 50.00
Bayaran Proses Permohonan
- Perindustrian
RM 100.00​OS​​​​
-RM 100.00
Penjualan Patil
RM 7.00​SR​-​RM 7.00
​Penjualan Sticker Lesen​RM 5.00​SR​-
RM 5.00

Nota :
SR - Standard rated supplies with GST Charged (Kod Cukai)
OS - Out Of  Scope


   

Jenis Keluasan Premis Kadar Bayaran (RM)  Cagaran (RM)
Pusat Kecantikan
Sehingga 60 meter persegi

> 60 – 100 meter persegi

> 100 – 200 meter persegi

> 200 meter persegi
100.00
200.00
300.00
500.00
 
1,000.00

Pusat Penjagaan Kesihatan

Bagi setiap 10 meter persegi atau sebahagiannya

100.00

2,000.00

Muat Turun​

  1. Rajah A   lakaran iklan         
  2. Rajah B   pelan lokasi
  3. Rajah C​   pelan lantai
  4. Carta Alir Permohonan Lesen Komposit (Perniagaan / Perindustrian)Muat turun
  5. Borang Permohonan Lesen Komposit (Perniagaan / Perindustrian) borang komposit
  6. Borang Permohonan Penutupan Akaun Lesen Perniagaan / Perindustrian / Iklan 
  7. Carta Alir Permohonan Lesen Pusat Penjagaan Kesihatan & Pusat Kecantikan Muat Turun
  8. Syarat Permohonan Lesen Komposit dan Pusat Penjagaan Kesihatan & Pusat Kecantikan 
  9. Syarat-syarat Khas Lesen Komposit 
  10. Senarai Semak Dan Dokumen Umum 
  11. Borang Permohonan Lesen Anjing 
  12. Senarai Semak Permohonan Lesen Anjing 
  13. ​​Borang QR Penutupan Akaun 
  14. ​​Borang QR Pertukaran Maklumat 

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)

  1. Garis Panduan Permohonan  Lesen/Pekeliling/Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, ​Perniagaan dan Perindustrian MBSA) 2007.​​
  2. Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (Majlis Bandaraya Shah Alam) 2007.

Kaedah Bayaran

​​Lokasi ​Kaedah

​​​Gerbang Perkhidmatan Shah Alam
Aras G, Wisma MBSA

  1. ​​​Kad Kredit​
  2. Deraf Bank


 Hubungi
​Unit Komposit,
Jabatan Pelesenan
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1403 / 1549 / 1763 / 1485 / 1691 / 1698
Emel: lesen@mbsa.gov.my