Lesen Usahawan Kecil (ePenjaja)

​Pengenalan

Permohonan Penjaja ini meliputi perkara berikut:

  1. Pasar Malam
  2. Pasar Pagi
  3. Bazarena Shah Alam
  4. Penjaja Sementara
  5. Trak Bergerak (Foodtruck)
  6. Gerai
  7. Pasar
  8. Kiosk

Cara Memohon

  1. ​Melalui laman digital penjaja MBSA https://epenjaja.mbsa.gov.my/

Garis Panduan

Lampirkan dokumen seperti berikut:- 

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan pendaftaran perniagaan (ROC/ ROB) (Jika ada)
  3. Salinan dokumen pengesahan tempat tinggal (Bil Cukai Taksiran- bagi pemohon yang tinggal dalam kawasan Shah Alam) ataupun (Bil Elektrik/Air - bagi pemohon yang tinggal diluar kawasan Shah Alam)
  4. Salinan Sijil Kematian/Surat Cerai (Bagi Status Duda/Janda)
  5. Salinan Kad Pengesahan Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  6. Salinan Surat Kebenaran/Perjanjian Penyewaan (Bagi Premis/Gerai/Pasar bukan milik MBSA)
  7. Pelan Lokasi Tapak Permohonan dan Gambar Tapak Permohonan (Pandangan Hadapan Dan Sisi)
  8. Salinan Pengesahan Pendapatan (Slip Gaji - bagi yang bekerja dengan majikan) ataupun (Penyata Bank - bagi yang bekerja sendiri)
  9. Salinan Pendaftaran Kenderaan dan Pemeriksaan PUSPAKOM Food Truck (bagi permohonan perniagaan Food Truck)
  10. Resit Bayaran Proses Permohonan (untuk kegunaan pejabat)

Syarat

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 65 tahun sahaja yang layak dipertimbangkan. 
  3. Proses kelulusan tapak adalah bergantung kepada kekosongan petak/ laporan teknikal.​​ 
  4. Keutamaan akan diberi kepada warga Shah Alam.
  5. ​Pemilihan juga adalah berdasarkan kepada kriteria atau kelayakan yang ditetapkan oleh Majlis. 
  6. Semua permohonan akan diproses berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan melalui Mesyuarat Kawatankuasa Mengkaji & Memproses Permohonan Lesen pada setiap bulan.​  
  7. Permohonan dianggap gagal sekiranya pemohon tidak menerima apa-apa jawapan daripada Majlis selepas tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima. 
  8. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat. 
  9. Bagi permohonan penjaja sementara dan penjaja statik bermotor, lokasi yang tidak dibenarkan adalah di simpang jalan, tempat letak kereta, jalan persiaran, hadapan sekolah, jalan utama dan lorong belakang.
  10. Jenis jualan yang dibenarkan bagi permohonan tapak penjaja sementara dan penjaja statik bermotor adalah makanan dan minuman yang berbungkus sahaja.
  11. Jenis jualan yang TIDAK DIBENARKAN bagi tapak penjaja sementara dan penjaja statik bermotor adalah makanan bergoreng, air tebu/kelapa, makanan berbakar, ayam/kambing/itik golek dan nasi campur.
  12. Pemohon yang mempunyai tunggakan kmpaun/tidak menjelaskan bayaran cukai pintu tidak akan dipertimbangkan.

Tempoh Bayaran

  1. B​ayaran​ p​roses perlu dibuat pada hari permohonan lesen. 
  2. Bayaran​ lesen perlu dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat kelulusan. ​​ 

Kadar

 

Butiran Barangan dan PerkhidmatanJumlah​​GST​Jumlah Selepas
(GST)
​Jenis​%​
Bayaran ​Proses Permohonan
​RM 10.00​
OS- RM 10.00
Penjualan Patil
​​
RM 7.00​
SR​
-
​RM 7.00​
SR - Standard rated supplies with GST Chrged (Kod Cukai)
OS - Out Of  Scope​

Muat Turun​

  1. Carta Alir​​​ Permohonan Lesen Usahawan Kecil (Penjaja)  carta penjaja
  2. Borang Permohonan​ Lesen Usahawan Kecil (Penjaja)  ​borang penjaja 

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK) 

  1. Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  2. UUK Penjaja (Majlis Bandaraya Shah Alam) 2007.
  3. UUK Pasar (Majlis Bandaraya Shah Alam) 2007​.

Kaedah Bayaran 

​​Lokasi ​Kaedah
   
  1. Kaunter Utama
    Lif A, Aras G, Wisma MBSA

  2. Kaunter Jabatan Pelesenan
    Lif A, Aras 13 , Wisma MBSA 
 

​​​Tunai /Kad Debit

 
 

Hubungi

Seksyen Penjaja, 
Jabatan Pelesenan,
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

 

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1303/1396/1366/1549/1317
Faks: 03-551​2 0226​​​​
Emel: lesen@mbsa.gov.my