Sidang Media 'Shah Alam Endure Ride 2014' – Pertandingan Berbasikal Bertaraf Antarabangsa
Anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam
24 April 2014
Galeri MBSA, Wisma MBSA
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan Program Kayuhan “Shah Alam Endure Ride 2014” pada 18 Mei 2014 (Ahad). Program kayuhan yang kali pertama dianjurkan oleh pihak MBSA ini merupakan acara yang amat mencabar dan menguji fizikal dan mental para peserta yang perlu berkayuh sejauh 160km bermula di perkarangan Taman Sukan Lasak (Extreme Park) Shah Alam dan akan melalui tempat-tempat menarik di daerah-daerah sekitar Negeri Selangor seperti Daerah Klang, Gombak dan Kuala Selangor. Program ini dijangka akan menarik minat 1,000 peserta dalam dan luar negara seperti negara Thailand, Indonesia dan Singapura.
Penganjuran acara ini juga selaras dengan komitment pihak MBSA untuk menjadi bandar raya sukan yang bukan sahaja memiliki fasiliti sukan bertaraf antarabangsa tetapi mampu untuk menganjurkan/mengelolakan aktiviti sukan bertaraf antarabangsa. Shah Alam mempunyai kemudahan sukan bertaraf antarabangsa seperti Stadium Shah Alam, Stadium Tertutup Melawati, Taman Sukan Lasak (Extreme Park), Litar ‘Go-Kart’, dan Pusat Akuatik Darul Ehsan.
Selain itu, acara ini juga sebagai usaha berterusan MBSA untuk mewujudkan Shah Alam sebagai bandar raya yang mampan, hijau dan ‘vibrance’ di mana masyarakatnya menjadikan aktiviti sukan sebagai budaya dan gaya hidup.
‘Shah Alam Endure Ride 2014’ mempertandingkan 5 kategori iaitu:-
Bil Kategori Umur
1. Wanita Terbuka 18 tahun dan ke atas
2. Lelaki Master 36 tahun hingga 45 tahun
3. Lelaki Senior Master 46 tahun ke atas
4. Lelaki Terbuka 35 tahun dan ke bawah
5. Lelaki Junior Bawah 18 tahun
Peserta yang menghabiskan kayuhan dalam tempoh 8 jam akan menerima sijil penyertaan dan juga medal. Selain itu, pihak Majlis juga menyediakan hadiah menarik kepada penyertaan untuk kelab/kumpulan yang menghantar peserta teramai dan kelab/kumpulan yang membuat catatan masa terbaik.
Peserta yang membuat pendaftaran awal atau ‘early bird’ sebelum tarikh 25 April 2014 (Jumaat) hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM85. Pendaftaran selepas tarikh tersebut akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM100.
Pertanyaan berkenaan ‘Shah Alam Endure Ride 2014’ ini, boleh menghubungi pihak urusetia pertandingan di Bahagian Belia dan Sukan, Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti, MBSA di talian 012 – 370 6636, (En. Jaid Idham) dan 019 – 2576897, (En. Azreen Naim) atau Persatuan Lumba Basikal Selangor, En. Ariffin b. Mohd Salleh di talian 013-3822427. Penyertaan juga boleh dilakukan dengan melayari
sportsmanagement.my