Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013

​BERITA

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013
29 Mei 2014
Dewan Auditorium, MBSA

Kakitangan merupakan aset utama dan tulang belakang yang memainkan peranan penting bagi memperkasakan pengoperasian sesebuah organisasi. Bagi menghargai komitment warga kerjanya, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Khas Datuk Bandar 2013.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan kakitangan yang telah mengangkat imej MBSA sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang cemerlang dan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat khususnya warga kota Shah Alam. Majlis berlangsung pada 29 Mei 2014, bertempat di Dewan Auditorium, MBSA dihadiri oleh lebih daripada 1000 warga MBSA.

Seramai 103 orang warga kerja MBSA dari pelbagai gred dan jawatan telah dipilih untuk menerima anugerah ini, yang merupakan penghargaan pihak Majlis kepada warganya yang telah mempamerkan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2013. Manakala itu, 5 orang kakitangan dipilih menerima Anugerah Khas Datuk Bandar.

Anugerah seperti ini merupakan dorongan kepada seluruh warga kerja MBSA untuk lebih berdaya saing dengan organisasi khususnya PBT di Negeri Selangor. Penganugerahan ini juga merupakan usaha berterusan pihak Majlis untuk menjadikan MBSA sebuah organisasi yang berjaya dan disegani. Penerima anugerah akan menerima hadiah prestasi berjumlah RM1000 setiap seorang serta sijil Anugerah Khidmat Cemerlang dan sijil simpanan premium BSN bernilai RM400. Manakala itu, Anugerah Khas Datuk Bandar pula akan menerima hadiah prestasi berjumlah RM3000, sijil penghargaan berserta plug setiap seorang.

Penganugerahan ini dinilai dari segi kebertanggungjawaban, prestasi yang memberangsangkan, kemampuan untuk menyelesaikan tugas dengan baik, prestasi perkhidmatan yang baik, usaha dan komitmen kakitangan dalam menjalankan tugas yang diberi.

Dengan pemberian anugerah ini, pihak Majlis berharap agar penerima anugerah dapat meneruskan perkhidmatan dengan lebih cemerlang dan komited dengan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Diharap agar pencapaian dan penganugerahan yang diberikan ini mampu dikekalkan dan memberikan prestasi untuk bekerja dengan cemerlang.

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Mohamad Roslan bin Sakiman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), turut serta dalam majlis penyampaian anugerah adalah YBhg. Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Hj. Mohd Jaafar b. Mohd Atan, Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MBSA.
APC 2013 - 01
Anugerah Khidmat Cemerlang 2013 - 02
Anugerah Khidmat Cemerlang 3012 - 03
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 - 04
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 - 05
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 - 06
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 - 07
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 - 08
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 - 09
Anuegrah Perkhidmatan Cemerlang 2013 - 10
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 - 11
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 - 12