Dusun Komuniti Shah Alam (DKSA) mula diwujudkan seiring dengan hasrat untuk membawa semula pokok-pokok tradisional khususnya pokok buah-buahan ke bandar untuk diketengahkan sebagai satu tanaman warisan tradisi penduduk Bandaraya Shah Alam khususnya generasi baru.
Dusun komuniti di bandar selaku satu program baru yang dapat membantu masyarakat kepada aktiviti positif yang lebih mampan dan meningkatkan kehijauan bandar disamping masyarakat yang lebih produktif, interaktif dan integrasi kepada alam dan sesama sendiri melalui program DKSA ini.
Program ini bertujuan untuk menjadikan dusun di bandar sebagai satu aset hidup kepada Shah Alam dan memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Ia juga merupakan suatu usaha untuk menempatkan dusun dari pokok buah-buahan yang hampir pupus di pusat tumpuan utama masyarakat seperti di Taman Tasik Shah Alam dan adalah wajar dan menepati wawasan serta menjaga warisan bangsa dan Negara.
Memberi pendedahan kepada warga Shah Alam khasnya generasi muda kini mengenai kepentingan sejarah dusun dan desa yang telah dilupakan di kampung.
Memberi kesan kepada komuniti setempat agar dapat berinteraktif dan produktif.
Memberi kesan optima kepada ruang – ruang yang terbiar dan tidak ekonomik kepada yang lebih hijau dan mampan.