Pengenalan
Pemilik yang bercadang untuk membuat permohonan tambahan pindaan rumah kediaman bagi Rumah Banglo Individu, Rumah Banglo Zero Lot, Rumah Teres, Rumah Semi D dan Rumah Kluster yang telah memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan atau Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) boleh mengemukakan permohonan pelan yang telah diperakukan oleh Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)
Bermula 1 Jun 2024, semua permohonan tersebut perlu dikemukakan melalui Sistem OSC 3 Plus Online. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Noraiza binti Mohd Darus di talian terus 03-55222842 atau Bahagian Pusat Setempat (OSC) ditalian 03-5522 2890.
Sila semak pautan berikut untuk mendapatkan Senarai Semak Pelan Pemajuan
(Senarai Semak TP) & Garis Panduan TP Rumah Kediaman
Semakan Kelulusan Bagi Permohonan Banglo, Tambahan Pindaan Kediaman Individu & Pindaan Kepada Pelan Lulus (PKPL) Kediaman Individu
Pihak pemohon boleh membuat semakan kelulusan dengan klik link di bawah :
1) Banglo - (Untuk Permohonan Sebelum 1.1.2023)
2) Tambahan Pindaan Kediaman Individu
3) Pindaan Kepada Pelan Lulus (PKPL) Kediaman Individu
Akta
- Undang-Undang Kecil Seragam Selangor 1986
- Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
Kaedah Bayaran
Kaunter Utama Lif A, Aras G, Wisma MBSA | Kad Kredit/Debit Bank Draf
Pembayaran melalui Bank Draf dibuat atas nama : - MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi bayaran bil proses
|
Hubungi
Kaunter Jabatan Bangunan
Lif A, Tingkat 20, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 5133 samb. 1212
Faks: 03-5513 9472
Emel: bangunan@mbsa.gov.my