Permohonan Perakuan CCC

​Pengenalan

  1. ​Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance- CCC) adalah perakuan bangunan yang diperluaskan dari perakuan CCC sedia ada ke atas banglo yang dibina berasingan kepada bangunan-bangunan kategori lain yang lebih kompleks. Sistem CCC mula berkuatkuasa pada 12 April 2007.

  2. Perakuan ini dikeluarkan oleh para profesional yang terdiri daripada Arkitek Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia, Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia atau Pelukis Pelan Bangunan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

  3. CCC menggantikan Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation-CFO) yang dikeluarkan oleh PBT. Oleh kerana sesuatu projek pemajuan bangunan itu melibatkan pelbagai pihak, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2007 (Akta A1286) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2007 mentakrifkan para profesional yang mengeluarkan CCC sebagai 'Orang Utama Yang Mengemukakan' (Principal Submitting Person - PSP). Takrif ini adalah bertujuan membezakan peranan yang dimainkan di antara para profesional dengan pihak-pihak seperti kontraktor atau lain-lain profesional yang turut terlibat dalam projek berkenaan. PSP juga merupakan pihak yang bertanggungjawab mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan PBT.

Garis Panduan

  1. Borang B (Pengeluaran Notis Memulakan /Penyambungan Semula Kerja  Bangunan).​

  2. Borang F (Pengeluaran Perakuan Siap & Pematuhan Oleh Para Profesional).

  3. Rujukan:-

    • Jadual 1 – Proses Perakuan Berperingkat.

    • Jadual 2 – Borang-borang yang digunakan dalam Sistem Pengeluaran CCC.

    • Jadual 3 – Pindaan Penalti-penalti di bawah Akta A1286.

    • Jadual 4 – Peranan Dan Tanggugjawab PBT dan PSP.

    • Jadual 5 – Kekecualian Dalam Pelaksanaan Sistem CCC.

    • Panduan Mengissi Borang G1 – G21  dan Borang F.

Akta / Enakmen / Undang-undang Kecil (UUK)

  1. ​Akta A1286.

  2. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2007.

Muat Turun

  • Senarai semak permohonan CCC Borang Semakan Perakuan CCC
  • Rujukan Perunding 

Kaedah Bayaran

​​L​okasi​​​​​​​

​Kaedah

  1. ​Kaunter Utama,
    Lif A, Tingkat G, Wisma MBSA.​

  2. Kaunter OSC
    ​Tingkat LG, Wisma MBSA

  1. ​​​Tunai

  2. Cek / Bank Draf
    Bayaran hendaklah dibuat didalam 2 cek / bank draf berasingan atas nama :​​

    • ​​​​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM  - bagi ​bayaran proses.
    • ​​​​​​​MBSA – AKAUN CAGARAN - bagi bayaran ​cagaran​​.

Hubungi​

​​Kaunt​​er OSC, 

Jabatan Pusat Setempat (OSC),
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Tingkat LG, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, ​Selangor Darul Ehsan.

​​Telefon : 03-5522 2890  atau 03-55105133 sambungan 1412 /1450
Faks     : ​03-5510 2970
​Emel     : osc@mbsa.gov.my​​​​​​​