PENGENALAN
Di Malaysia dan khursusnya di dalam kawasan pentadbiran Shah Alam, Bangunan Hijau diberi panarafan menerusi Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index atau GBI) iaitu sistem penarafan komprehensif yang pertama di negara ini bagi menilai kelestarian reka bentuk dan prestasi bangunan dan bandar.
Berdasarkan kriteria yang ditentukan oleh badan GBI, bangunan diberi penarafan Platinum, Emas, Perak atau Pengiktirafan. Ia tidak terhenti apabila bangunan siap dibina kerana bangunan perlu dinilai semula setiap tiga tahun untuk mengekalkan penarafannya. Ini memastikan bangunan diselenggara dengan baik.
Apakah peranan GBI di Malaysia?
Organisasi GBI diwujudkan oleh Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) dan Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM) pada 2009 untuk menetapkan standard dan menyelia pengiktirafan GBI. Organisasi ini turut melatih fasilitator dan pentauliah GBI.
Sistem penarafan GBI dikawal atur ketat oleh satu jawatankuasa bebas dipanggil Panel Akreditasi GBI (GBIAP). Jawatankuasa yang dianggotai para profesional berpengalaman dalam sektor pembinaan ini mengkaji dan menganugerahkan penarafan GBI kepada projek yang layak.
Alat penarafan GBI memberi peluang kepada pemaju hartanah dan pemilik bangunan untuk mereka bentuk dan membina bangunan hijau dan mampan dengan persekitaran sihat, sambungan mudah ke pengangkutan awam, penggunaan kitar semula dan tumbuh-tumbuhan hijau di dalam pemajuan, dan pengurangan impak pembinaan terhadap alam sekitar.
Apakah kriteria yang digunakan untuk menilai bangunan untuk pensijilan GBI?
- Kecekapan tenaga
- Kualiti persekitaran dalaman
- Sumber bahan/ material
- Perancangan dan pengurusan tapak yang mampan
- Inovasi baru untuk kecekapan tenaga dan sumber air
- Pengurusan air yang cekap
Muat Turun
- GBI - 2024
- GBI NREB Non-Residential Exiting Building