Pengecualian Kebenaran Merancang (ExPA)

​​
PENGECUALIAN KEBENARAN MERANCANG (EXEMPTION FROM PLANNING APPROVAL (ExPA))


​Lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat pada 13 September 2017 yang lalu,  Majlis telah bersetuju untuk menerimapakai pelaksanaan Pengecualian Kebenaran Merancang (Exemption From Planning Approval (ExPA) berkuatkuasa pada 1hb. Oktober 2017.

  1. Permohonan pelan bangunan bagi pemajuan yang dikecualikan daripada kebenaran merancang perlu dikemukakan oleh perunding yang berkelayakan iaitu sama ada arkitek atau pelukis pelan berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan berperanan sebagaimana berikut:
    • ​​Membuat perakuan bahawa permohonan menepati ciri-ciri ExPA dan bertangungjawab  terhadap maklumat yang diberikan;

    • Mengemukakan pelan bangunan dan dokumen-dokumen berkaitan kepada PBT untuk kelulusan;

    • Mengemukakan dokumen dan pelan-pelan seperti diarahkan oleh PBT;dan
    • Mengambil tanggungjawab terhadap sebarang permasalahan yang timbul selepas pelaksanaan.​
  2. ​Pemajuan yang dikecualikan kebenaran merancang masih perlu melalui proses permohonan kelulusan pelan bangunan dan kelulusan pelan kejuruteraan. Permohonan tersebut hendaklah dikemukakan sebagai permohonan pelan bangunan di kaunter Pusat Setempat (OSC) dengan dokumen-dokumen sepertimana senarai semak kelulusan pelan bangunan dan kelulusan pelan kejuruteraan yang terpakai serta Borang ExPA.

  3. Jenis-jenis pemajuan yang boleh dipertimbangkan pengecualian kebenaran merancang adalah seperti berikut (Sila rujuk perincian di Borang ExPA) :​​

    • ​​​Pendirian, Perobohan, Pendirian Semula Atau ​Pengubahan Satu Unit Rumah Kediaman Sesebuah.

    • Pendirian, Perobohan, Pendirian Semula Atau Pengubahan Satu Unit Bangunan Industri Ringan Sesebuah.

    • Pendirian, Perobohan, Pendirian Semula Atau Pengubahan Suatu Bangunan Harta Bersama Dalam Kawasan Perumahan Strata.

    • Pengubahan Untuk Menaik Taraf Dan Membaikpulih Fasad Bangunan.

    • ​Pendirian, Perobohan, Pendirian Semula Atau Pengubahan Suatu Bangunan Utiliti.​

​​4. Di dalam memproses permohonan pelan bangunan yang tertakluk ExPA, pemohon perlu mengisi Borang ExPA tersebut dan mengemukakan permohonan ke OSC yang akan merujuk ke Jabatan Perancangan bagi mendapatkan pengesahan bahawa pelan bangunan yang dikemukakan telah mematuhi ciri-ciri ExPA.