Jabatan Korporat & Perhubungan Awam

​​​Fungsi Bahagian

  1. Menyelaras acara-acara rasmi Majlis.
  2. Menyelaras pelawat dalam dan luar negara.
  3. Menjawab dan memberi maklumbalas terhadap isu-isu yang berbangkit di media massa​.
  4. Penyediaan Kenyataan Media untuk makluman pihak media massa.
  5. Menyelaras media sosial MBSA.
  6. Mempromosikan organisasi dan perkhidmatan Majlis.
  7. Memantapkan operasi Pasukan “Shah Alam On Wheels" (SAOW) untuk memperkasakan sistem penyampaian.
  8. Membantu menyelaras kempen yang dianjurkan oleh Majlis.
  9. Menyediakan Diari dan Kalendar untuk Majlis.
  10. Menyediakan Laporan Tahunan untuk tahun sebelumnya.
  11. Menerbitkan buku rasmi untuk Majlis Bandaraya Shah Alam (Fragmen, Lensa Shah Alam, Keratan Akhbar dan Buku Eksklusif).
  12. Menyediakan dan mereka bentuk iklan-iklan surat khabar (media cetak) untuk promosi perkhidmatan, makluman terkini, program serta aktiviti Majlis.
  13. Menyediakan teks ucapan kepada YAB Dato' Menteri Besar, EXCO, Datuk Bandar, Timb. Datuk Bandar, Timb. Su MBSA, Ahli Majlis dan sebagainya 
  14. Merangka, merancang dan mereka bentuk papan iklan (billboard) untuk program / aktiviti serta maklumat terkini seperti Cukai Taksiran, perkhidmatan majlis , Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor dan sebagainya.
  15. ​Menyediakan dan mereka bentuk bahan promosi untuk laman sosial rasmi Majlis seperti Portal MBSA (slider & aktiviti), facebook, instagram dan twitter.
  16. Menyediakan khidmat jurufoto bagi acara rasmi Majlis dan sesi bergambar kakitangan dan Ahli Majlis MBSA untuk kegunaan organisasi. 
  17. Menyelaras aduan awam dengan melaksanakan proses menerima (memasukkan maklumat aduan), mengedar dan menutup aduan dalam sistem aduan.
  18. Menguruskan Call Centre (1-800-88-4477) Talian Bebas Tol.
  19. Melaksanakan pemantauan di lokasi aduan secara berkala​.

​​​Piagam Pelanggan

  1. Pengoperasian “Shah Alam On Wheel” (SAOW) 4 kali sebulan
  2. Mengadakan Hari Bertemu Pelanggan 3 kali setahun
  3. Penerbitan Buletin Shah Alam 3 kali setahun
  4. Memastikan semua aduan dapat disalurkan kepada Jabatan/Bahagian/Pejabat Cawangan yang  terlibat dalam tempoh 24 jam aduan diterima pada hari bekerja.