Jabatan Bangunan

​Fungsi Jabatan 

  1. Memproses dan meluluskan pelan-pelan bangunan baru tambahan dan pindaan pada bangunan sedia ada, pelan pindaan kepada pelan lulus dan pelan setara rumah teres kediaman 1 tingkat dan 2 tingkat.​
  2. Menerima permohonan CCC yang merangkumi borang-borang dari G1 hingga G21 serta Borang F yang dikemukakan oleh Perunding ke Bahagian Pusat Setempat (OSC)  untuk tindakan pemeriksaan tapak dan rekod Jabatan. ​

  3. ​Merekabentuk dan menyelia  projek-projek khas Majlis seperti gerai, dewan, 'food‑court' dan lain-lain.​

  4. Memproses dan meluluskan permit setara untuk permit binaan/bangunan sementara seperti dinding sesekat (partition) dan bumbung sengkuap (awning) bagi rumah kedai/kedai pejabat, permohonan kongsi, kabin, kantin, 'shed', binaan sementara bagi premis kediaman yang dijadikan tadika/taska, menara telekomunikasi dan 'billboard'.​

  5. Memantau dan memeriksa serta menguatkuasakan undang-undang terhadap pembinaan yang dibina tanpa kebenaran untuk tujuan-tujuan kelulusan pelan dan permit serta sokongan pengeluaran lesen atau permit.​

  6. Bertindak ke atas aduan yang berkaitan dengan masalah bangunan dan pembinaan.

Piagam Pelanggan

  1. Menerima permohonan cadangan (pc), tambahan pindaan (t/p) dan pindaan kepada pelan lulus (pkpl) (kecuali bangle) daripada pusat setempat (osc), myemak, memproses dan mengeluarkan syor perakuan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat setempat (osc).

  2. Memproses dan meluluskan permohonan pelan cadangan baru bangle dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh resit jelas dengan syarat permohonan mematuhi syarat-syarat majlis.

  3. Memproses dan meluluskan permohonan pelan cadangan tambahan/pindaan (t/p) kediaman dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh resit jelas dengan syarat permohonan mematuhi syarat-syarat majlis.

  4. Memproses dan meluluskan permohonan pelan cadangan tambahan pindaan (t/p) kediaman menggunakan pelan setara dalam tempoh satu (1) jam dengan syarat permohonan mematuhi syarat-syarat majlis.​

  5. Memproses dan mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan Borang 'E' (bagi permohonan kelulusan pelan yang dikemukakan debelum perlaksanaan CCC (12 April 2007)).​

  6. Memproses permohonan permit dan mengeluarkan surat kelulusan permit binaan sementara menggunakan pelan setara dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh penerimaan resit jelas (kecuali permit bangunan sementara bagi tapak pembinaan).​

  7. Memproses dan meluluskan permohonan permit bagi menara telekomunikasi dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan resit jelas.​

  8. Memproses dan meluluskan permohonan permit bagi menara telekomunikasidan sistem pemancar (atas bangunan) menggunakan pelan setara dalam tempoh satu (1) hari dengan syarat permohonan mematuhi syarat-syarat majlis.​

  9. Memproses, mengeluarkan ulasan, menyediakan arahan pembayaran bagi permohonan pemulangan wang cagaran ke jabatan kewangan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.​

  10. Mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan dengan syarat aduan diterima lengkap.​