PERMOHONAN PERMIT BANGUNAN / BINAAN SEMENTARA (PELAN SETARA)
Pengenalan
Memproses dan meluluskan permohonan permit pemasangan dinding sesekat (partition), bumbung sengkuap (awning) dan dinding pemisah (partywall) di premis perniagaan seperti rumah kedai / kedai pejabat menggunakan Buku Pelan Setara (Standard Plan).
Pelan setara ini boleh dikemukakan sendiri oleh pemilik / penyewa kepada Majlis Bandaraya Shah Alam tanpa perlu mendapat khidmat perunding. Oleh itu, pemilik / penyewa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tambahan / pindaan yang dilakukan dari segi kestabilan dan kekukuhan struktur-struktur yang dibina. Pemilik hanya perlu memilih jenis tambahan / pindaan yang ingin dilakukan dan menandatangani setiap salinan yang telah dipilih. Adalah diingatkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Shah Alam tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas segala tuntutan, dakwaan atau tindakan yang diakibatkan dari pembinaan kerja-kerja tambahan / pindaan berkenaan.
Garis Panduan Penggunaan Pelan Setara Bagi Permohonan Permit Binaan Sementara Dinding Sesekat (Partition), Bumbung Sengkuap (Awning) Dan Lain-Lain Untuk Dikemukakan Oleh Pemohon Bagi Kelulusan MBSA yang boleh didapati di Kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat G, Wisma MBSA., Shah Alam.
Cara Memohon
-
Borang-borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap mengikut borang semakan. Untuk keterangan lanjut sila ke Kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat LG, Wisma MBSA.
-
Lengkapkan pelan-pelan tersebut dengan:
-
Nama pemilik / penyewa; mengikut nama yang tertera pada salinan Perjanjian Jual Beli (Sales & Purchase Agreement) atau Perjanjian Penyewaan (Tenancy Agreement)
-
Alamat lokasi
-
No. kad pengenalan
-
Tandatangan pemilik / penyewa pada setiap borang dan pelan lakaran.
-
Serahkan Resit-resit Jelas Kepada Kaunter Jabatan Bangunan Sebagai Bukti Pembayaran pada hari yang sama.
Kadar Bayaran
Bil yang dikeluarkan oleh Jabatan Bangunan.
Proses Pelan
(RM)
|
1.
|
Dinding Sesekat (Partition)
|
50.00 (setiap ruang)
|
2.
|
Bumbung Sengkuap (Awning)
|
400.00
(setiap 45m²)
|
3.
|
Dinding Pemisah (Party Wall)
|
400.00
(setiap 3.048m)
|
4.
|
Permit Meletak Bahan Binaan
|
648.00
|
5.
|
Partel
|
10.00
|
Bil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
PERMOHONAN PERMIT BANGUNAN / BINAAN SEMENTARA (PELAN PERUNDING)
Muat Turun Borang
- Borang Permohonan dan Semakan Dokumen Permit Bangunan / Binaan Sementara
- Jadual Perkiraan Bayaran Proses Pelan Bangunan / Binaan Sementara
- Senarai Semakan Pelan Binaan Sementara
- Contoh Surat Kebenaran Pemilik Premis
- Keperluan Rekabentuk Tangga Keselamatan Dilorong Belakang
- Surat Permohonan Melanjutkan tempoh permit
- Borang Permohonan Lanjutan Tempoh Kelulusan Permit Pelan Binaan Sementara
Borang Permohonan dan Semakan Dokumen Permit Bangunan / Binaan Sementara untuk Kilang Tanpa Kebenaran (KTK)
Semakan Status Kelulusan Permit Binaan / Bangunan Sementara
- PERMOHONAN PERMIT BINAAN SEMENTARA (PELAN SETARA) - Google Sheets
- PERMOHONAN PERMIT BINAAN SEMENTARA (PERUNDING) - Google Sheets
Akta
-
Peruntukan 18 (1), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
-
Undang-undang Kecil Selangor 1986
-
Seksyen 70 (1) dan Seksyen 79, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
(Akta 133)
Kaedah Bayaran
Kaunter Utama Lif A, Aras G, Wisma MBSA
|
-
Kad Kredit/Debit
-
Cek/Bank Draf
Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :
-
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi bayaran bil proses
|
Waktu Operasi
WAKTU OPERASI PENERIMAAN PERMOHONAN LENGKAP DI KAUNTER
Waktu untuk membuat permohonan lengkap kelulusan Permit Pelan Setara Dinding Sesekat (Partition) & Bumbung Sengkuap (Awning) di kaunter Jabatan Bangunan adalah seperti berikut :
JUMAAT
| 8.00 PAGI - 11.00 PAGI 3.00 PETANG - 4.30 PETANG
|
Hubungi
Jabatan Bangunan,
Lif A, Tingkat 20, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 5133 samb. 1211
Faks: 03-5513 9472
Emel: bangunan@mbsa.gov.my