Buku Pelan Permit Binaan Sementara Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Bangunan ini dikhususkan untuk struktur pemancar telekomunikasi atas bangunan sahaja di mana permohonan ini tidak perlu mendapatkan Kebenaran Merancang.
Cara Memohon
Perunding perlu mendapatkan buku pelan setara ini di Kaunter 4 Jabatan Bangunan. Di dalam buku pelan setara ini terkandung 3 jenis struktur pemancar telekomunikasi atas bangunan iaitu jenis minimast, boom dan unipole.
Syarat
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan beserta dengan dokumen-dokumen berikut:-
Borang A dan 'Cover Letter' daripada jurutera perunding bertauliah.
1 salinan Perjanjian Penyewaan (Tenancy Agreement) atau lain-lain yang berkenaan.
1 salinan Insuran Perlindungan Awam (Public Liability Insurance) terkini.
1 set laporan perkiraan rekabentuk struktur dari jurutera perunding bertauliah.
1 salinan surat dan 1 set pelan kelulusan pemasangan struktur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Gambar berwarna keadaan semasa tapak yang dilekatkan pada Pelan Setara.
Dokumen tambahan untuk pembinaan struktur pemancar telekomunikasi atas minaret :
1 salinan surat kelulusan daripada JAIS/MAIS (jika berkenaan).
Borang permohonan yang lengkap diisi oleh pemohon.
2 set pelan setara yang ditandatangani oleh pemilik struktur dan jurutera perunding bertauliah.
Surat Akujanji untuk bertanggungjawab terhadap aduan dan sebarang masalah di tapak.
Garis Panduan
Buku Garis Panduan Penggunaan Pelan Setara Bagi Permohonan Permit Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Bangunan boleh didapati di Kaunter 4. Jabatan Bangunan Tingkat 8, Lif A, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam dengan harga RM 200.00 senaskah.
Pelan-pelan yang dikemukakan akan disemak oleh Pegawai Khidmat Nasihat di Kaunter Jabatan Bangunan pada hari yang sama pelan-pelan tersebut dikemukakan. Sekiranya pelan-pelan tersebut mematuhi garis panduan yang telah disediakan maka bil proses akan disediakan oleh Petugas Kaunter untuk dijelaskan oleh pihak Pemohon. Salinan resit bil jelas hendaklah diserah kepada Petugas Kaunter. Kelulusan permohonan Pelan Setara Bagi Permohonan Permit Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Bangunan adalah 1 hari.
Tempoh Bayaran
Bayaran hendaklah dibuat pada hari yang sama pelan-pelan dikemukakan dengan syarat pelan-pelan tersebut telah mematuhi garis panduan permohonan yang telah disediakan.
Kadar
Jadual Bayaran Yuran Proses Pelan Dan Permit Tahunan
PROSES PELAN | BAYARAN PERMIT TAHUNAN |
1. |
STRUKTUR PEMANCAR TELEKOMUNIKASI
i. Jenis 'Unipole'
ii. Jenis 'Boom'
iii. Jenis 'Minimast'
|
RM250.00
(setiap satu unit)
| RM2,000.00
|
JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN |
2, 250.00 | |
Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS)
Tindakan Ingkar Patuh
Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) |
70 (1 ) |
Mendirikan bangunan (tambahan/pindaan kediaman) tanpa mendapat kebenaran bertulis / kelulusan daripada pihak Majlis |
Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) |
72(1) |
Meruntuhkan bangunan dalam masa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tempatan |
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS) |
Per. 17, Jadual Pertama |
Bayaran tambahan (denda) akan dikenakan sebanyak 10 atau 20 kali ganda daripada bayaran yuran proses pelan sekiranya kerja-kerja tambahan pindaan telah dimulakan sebelum mendapat kelulusan daripada Majlis. |
Kaedah Bayaran
Kaunter Utama Lif A, Aras G, Wisma MBSA |
- Tunai
- Cek
Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :
-
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi bayaran bil proses
|
Hubungi
Jabatan Bangunan
Lif A, Tingkat 8, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1213/1471
Faks: 03-5513 9472
Emel: bangunan@mbsa.gov.my