Permit Iklan / Bunting

​Pengenalan

Iklan bermaksud apa-apa pemberitahuan, pengumuman atau penerbitan yang dipamerkan, ditunjukkan atau didirikan bagi maksud memberitahu orang ramai mengenai apa-apa barang, keluaran, pengeluaran, tred, perniagaan, profesion, firma, perbadanan, organisasi, institusi, tempat, premis, peristiwa, aktiviti atau apa-apa perkara atau maklumat lain di atas apa-apa papan dendeng, kekotak elektronik, papan, bumbung, dinding, pagar berpancang, pagar, pokok, rangka, plat, kain, rintangan, tiang, tonggak, dawai, salutan atau mana-mana bahagiannya, di atas atau di dalam mana-mana bangunan, jalan atau tempat peranginan awam, tempat tumpuan awam, di atas mana-mana tanah, termasuklah tanda langit, belon, 'bunting', sepanduk, poster, tanda arahan dan papan tanda tetapi tidak termasuk suatu iklan pilihan raya. 

Cara Memohon 

  1. Borang boleh didapati di Kaunter Jabatan Pelesenan tingkat LG, Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.

  2. ​Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama satu (1) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan. 

  3. Borang Permohonan Permit Promosi​ yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat LG.

  4. Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan Bahasa dari Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) bagi memastikan bahasa Melayu yang digunakan adalah tepat dan betul. Walaubagaimanapun, pihak Majlis berhak menolak permohonan walaupun ia telah mendapat pengesahan bahasa dari DBP sekiranya didapati visual iklan tersebut tidak sesuai dan melanggar peraturan serta syarat Majlis.

Garis Panduan  

  1. Pemohon hendaklah mematuhi garis panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi pemasangan iklan sementara sepanduk dan 'bunting'. Pemohon tidak dibenarkan untuk memasang iklan sebelum kelulusan diberikan. Tindakan boleh diambl sekiranya pemohon gagal mematuhi arahan dan syarat-syarat yang ditetap​kan oleh pihak Majlis. 

  2. Contoh Lakaran Sepanduk. Rujuk rajah A

  3. Contoh Lakaran 'Bunting'. Rujuk rajah B

  4. Lakaran Pemasangan 'Bunting' Tiang Lampu. Rujuk rajah C   

Syarat 

  1. 'BUNTING'  

    • Bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi semua gegantung 'bunting' yang dipamerkan/ digantung.

    • Jika Bahasa Malaysia digunakan bersama dengan dengan bahasa lain (Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Tamil) dalam sesuatu iklan, perkataan dalam Bahasa Malaysia hendaklah 30% lebih besar daripada bahasa lain (Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Tamil) dan diutamakan dari segi kedudukan.

    • Penggunaan tulisan bahasa asing yang lain selain daripada Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil adalah tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan tulisan Jawi adalah digalakkan.

    • Bahasa dalam iklan hendaklah menggunakan nahu yang betul. Permohonan hendaklah mendapat pengesahan penggunaan bahasa bagi visual iklan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sila hubungi DBP di talian 03-2147 9108/ 9109/ 9110 untuk maklumat lanjut.

    • Saiz iklan yang dibenarkan adalah 2' x 6' (0.61m x 1.83m) sahaja.

    • Iklan berunsur lucah, judi, rokok, tembakau dan perkauman tidak dibenarkan

    • Iklan tidak dibenarkan di pasang di tiang lampu 'decoration' (yang berwarna hijau dan hitam 'gold')

    • Tempoh pemasangan adalah berdasarkan kepada tarikh promosi seperti yang diiklankan. Tempoh maksimum pemasangan adalah 1 bulan sahaja.

    • Tidak dibenarkan pada tiga (3) tiang sebelum persimpangan jalan yang terdapat lampu isyarat dan bulatan (3 tiang lampu sebelumnya). 

    • Selepas tamat tempoh kelulusan, pemohon hendaklah menurunkan kesemua iklan Gegantung (Bunting) tiang lampu tersebut.

    • Penampalan pelekat (Sticker) kelulusan di setiap Gegantung (Bunting) tiang lampu yang telah diluluskan adalah wajib. Pelekat (Stiker) hanya akan diberikan kepda pemohon selepas pembayaran dibuat. 

    • Majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan atau kemalangan yang berlaku melibatkan Gegantung (Bunting) berkenaan.

    • Kegagalan pihak tuan mematuhi syarat-syarat di atas, pihak Majlis akan menamatkan permit tanpa apa-apa notis dan wang cagaran tidak akan dikembalikan. 

    • Wang cagaran yang tidak dituntut dalam tempoh 3 bulan tidak akan dikembalikan. 

    • Segala syarat dan peraturan adalah tertakluk kepada keputusan Majlis dari semasa ke semasa tanpa apa-apa notis.​ 

  2.    LOKASI PEMASANGAN BUNTING YANG TIDAK DIBENARKAN 

      • Tidak dibenarkan dipasang di sepanjang persiaran jalan protokol iaitu: 

        • Persiaran Kayangan 

        • Persiaran Masjid 

        • Persiaran Sultan

        • Persiaran Hishamuddin

        • Persiaran Perbandaran 

        •  Persiaran Damai 

        • Persiaran Bandaraya​

        • Persiaran Tasik

        • Persiaran Dato' Menteri

        • Pusat Bandar (Seksyen 14).

        • Jalan-Jalan JKR mengikut Daerah (perlu mendapatkan kelulusan JKR terlebih dahulu):- 

      • Rujuk Daerah Petaling – Persiaran Kerjaya, Jalan Batu Tiga-Sg. Buloh, Jalan Subang Lama, Jalan Subang, Jalan Lapangan Terbang Subang, Persiaran Kuala Selangor, Persiaran Jubli Perak (Dari Bulatan JVC ke Central Sugar) dan Jalan Kg. Baru Sungai Buloh, Persiaran Sukan.

      • Rujuk Daerah Klang – Jalan Bukit Kemuning dan Jalan Padang Jawa.     

     

  3. SEPANDUK 

    • Bahasa Malaysia wajib digunakan bagi semua Sepanduk (Banner) yang dipamerkan/ digantung. 

    • Jika Bahasa Malaysia digunakan bersama dengan bahasa lain (Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Tamil) dalam sesuatu iklan, perkataan dalam Bahsa Malaysia hendaklah 30% lebih besar daripada bahasa lain (Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Tamil) dan diutamakan dari segi kedudukan. ​
    • Penggunaan tulisan bahasa asing yang lain selain daripada Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil adalah tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan tulisan Jawi adalah digalakkan. 
    • Bahasa dalam iklan hendaklah menggunakan nahu yang betul. Permohonan hendaklah mendapat pengesahan penggunaan bahasa bagi visual iklan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sila hubungi DBP di talian 03-2147 9108/ 9109/ 9110 untuk maklumat lanjut.

    • Saiz yang dibenarkan adalah mengikut kesesuaian lokasi. 

    • Saiz piawai 'standard' ukuran bagi sepanduk (banner) adalah 20' x 4' bersamaan 8 meter persegi. Sekiranya ukuran sepanduk (banner) melebihi ukuran terebut, caj tambahan akan dikenakan.

    • Iklan berunsur lucah, judi, rokok, tembakau dan perkauman tidak dibenarkan.

    • Penampalan pelekat (sticker) kelulusan di setiap sepanduk yang telah diluluskan adalah wajib. Pelekat (Stiker) hanya akan diberikan kepda pemohon selepas pembayaran dibuat. 

    • Tempoh pemasangan adalah bedasarkan kepada tarikh promosi seperti diiklankan. Tempoh maksimum pemasangan adalah 1 bulan sahaja.

    • Selepas tamat tempoh kelulusan, pemohon hendaklah menurunkan kesemua sepanduk (banner) tersebut.

    • Majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan atau kemalangan yang berlaku melibatkan sepanduk (banner) berkenaan.

    • Kegagalan pihak tuan mematuhi syarat-syarat di atas, pihak Majlis akan menamatkan permit tanpa apa-apa notis dan wang cagaran tidak akan dikembalikan. 

    • Permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh pemasangan di kerangka MBSA. 

    • Segala syarat dan peraturan adalah tertakluk kepada keputusan Majlis dari semasa ke semasa tanpa apa - apa notis.

  4. LOKASI PEMASANGAN SEPANDUK YANG DIBENARKAN

    • Kebenaran memasang sepanduk adalah di premis sendiri sahaja. 

    • Pemasangan di premis-premis lain dibenarkan dengan syarat mendapat kebenaran bertulis dari pemilik bangunan.

    • Pemasangan sepanduk (banner) juga boleh digantung di tempat berikut:-

      • Tempat Penggantungan Sek​​syen 2 - Berhampiran Bulatan Bestari

      • Tempat Penggantungan Seksyen 7 - Berhampiran Lampu Isyarat Masjid Seksyen 7

      • Tempat Penggantungan Seksyen 7 - Berhampiran Lampu Isyarat Unisel

      • Tempat Penggantungan Seksyen 9 - Berhampiran Lampu Isyarat Plaza Masalam

      • Tempat Penggantungan Seksyen 13 - Berhampiran Lampu Isyarat Extreme Park

      • Tempat Penggantungan Seksyen 13 - Berhampiran Lampu Isyarat MSU College

      • Tempat Penggantungan Seksyen 14 - Berhampiran Satay Kajang Kompleks PKNS

      • Tempat Penggantungan Seksyen 14 - Berhampiran Laman Budaya

      • Tempat Penggantungan Seksyen 18 - Berhampiran Lampu Isyarat CIMB Bank​

      • Tempat penggantungan Seksyen 19​ 

Tempoh Bayaran

Bayaran permit dan cagaran iklan atau bunting perlu dibuat setelah mendapat surat kelulusan.​

Kadar 

​Jeni​s Iklan
​Permit
(RM)
Sewa Tiang
(RM)
​Stiker / Unit
(R​M)
​​Cagaran​
(RM)
​Jumlah / Unit
(RM)
Gegantung (Bunting)
10.00​5.005.00​​​20.00
​40.00
​Sepanduk (Banner) / Belon​20.​00
​10.00

​5.00​200.00 (<40) 
(tambahan 100.00 setiap 10 unit)​
​2​​35.00
 


Muat Turun

  1. Contoh lakaran sepanduk (banner) sepanduk 

  2. Contoh lakaran gegantung (bunting) bunting 

  3. Contoh lakaran pemasangan iklan tiang iklan  

  4. Carta Alir​​​ Permohonan Permit Iklan atau Bunting carta bunting  

  5. Borang Permohonan Permit Iklan atau Buntingborang bunting 

  6. Senarai Syarikat Konsesi Iklan Gegantung (Bunting) borang bunting

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)

Garis Panduan Permohonan  Lesen/Pekeliling/Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, ​Perindustrian dan Perniagaan (MBSA) 2007.​​

Kaedah Bayaran 

​​Lokasi​Kaedah
  1. Kaunter Utama
    Lif A, Aras G, Wisma MBSA
  2. Kaunter Jabatan Pelesenan
    Lif A, Aras 13 , Wisma MBSA
  3.  
                   
  1. ​​Tunai 
  2. Kad Kredit 
  3. Cek
  4. Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​  
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses 
    • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​

Hubungi


Unit Komposit,
Jabatan Pelesenan,
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1384/1246/1403/1485
Faks: 03-551​2 0226​​​​

Emel: lesen@mbsa.gov.my