PERMIT KERUSI, MEJA DAN SKRIN LAYAR
Pengenalan
Permohonan permit meletak meja, kerusi dan skrin layar di Luar Premis Perniagaan adalah untuk membenarkan premis-premis di lot tepi dan tengah untuk meletakkan kerusi dan meja di kaki lima.
Cara Memohon
-
Borang boleh didapati di Kaunter Utama tingkat G, Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13, Pejabat Cawangan Sungai Buloh,Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.
-
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama satu (1) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan
-
Borang Permohonan Permit Promosi yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13 atau di Kaunter Utama tingkat G.
Garis Panduan
-
Sertakan satu (1) salinan bagi setiap dokumen berikut:
-
Salinan Kad Pengenalan.
-
Salinan Lesen Perniagaan MBSA.
-
Pelan lakaran susunatur meja diruang lokasi premis yang dimohon (berserta gambar lokasi meja dan kerusi tersebut) Pelan lakaran hendaklah menggunakan komputer.
-
Mengemukakan satu salinan Insuran Tanggungan Awam "Public Liability Insurance" berjumlah RM100,000 kepada pihak Majlis.
-
(Permit Skrin Layar Di Premis Perniagaan):
a. Pelan Lokasi tempat Skrin Layar
|
b. Saiz Skrin Layar :-
|
4' x 4'
|
8' x 4'
|
(Had maksima ukuran saiz skrin layar hanya 8' x 4' sahaja dibenarkan)
Syarat
-
Waktu yang dibenarkan hanya selepas pukul 6.00 petang hingga pukul 12.00 malam sahaja.
-
Jika terdapat aduan yang berasas, Majlis boleh membatalkan permit dengan serta merta.
-
Tempoh permit yang dibenarkan adalah untuk (6) bulan bagi setiap permohonan dan perlu diperbaharui setelah tempoh tamat.
-
Tiada struktur kekal yang dibenarkan di kawasan berkenaan.
-
Para peniaga harus memastikan kebersihan di kawasan tempat letak meja kerusi semasa berniaga dan selepas tamat waktu berniaga.
-
Meja dan kerusi yang digunakan pada sebelah malam hendaklah dialih dan disimpan secara tersusun dan kemas di dalam premis dan tidak menggangu laluan di tempat awam.
-
Pemeriksaan mengejut akan dijalankan dari masa ke semasa untuk memastikan segala arahan dan peraturan dipatuhi.
-
Mematuhi had bilangan meja yang telah diluluskan.
-
Pemohon hendaklah bertanggunggjawab sepenuhnya terhadap pelanggan mereka dengan mengambil insuran tanggungan awam 'Public Liability Insurance' berjumlah RM100,000 dan mengemukakan salinan bersama-sama borang permohonan.
-
Mewajibkan pelan lakar kawasan premis dan kelulusan ruang yang di mohon termasuk ukuran tempat kaki lima yang di gunakan.
-
Pengusaha premis hendaklah menyediakan penghadang (kangaroo bar) di kawasan lot tempat letak kereta yang dibenarkan bagi keselamatan pengunjung/pelanggan.
-
Mewajibkan penggunaan pelekat stiker yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap meja yang diletakkan di luar premis.
-
Para pengendali makanan perlu menghadiri kursus Asas Pengendalian Makanan dan telah mendapat suntikan (jika ada pekerja tambahan pada sebelah malam).
-
Bayaran hendaklah dibuat mengikut tempoh permit yang dibenarkan iaitu setiap enam (6) bulan setiap permohonan.
-
Pengusaha akan tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Pelesenan dan mematuhi syarat-syarat Majlis dari masa ke semasa.
Tempoh Bayaran
Bayaran permit kerusi, meja dan skrin layar perlu dibuat sebelum aktiviti dijalankan setelah mendapat surat kelulusan.
Kadar
-
Deposit sebanyak RM100 untuk Majlis Bandaraya/Perbandaran dan RM50 bagi Majlis Daerah akan dikenakan.
-
Bayaran sebanyak RM30 sebulan bagi setiap meja.
-
Menggenakan bayaran sebanyak RM30 sebulan bagi setiap unit penggunaan skrin layar.
|
Penjualan Pelekat Lesen | RM 5.00 | SR | 6 | RM 5.30 |
Nota : SR - Standard rated supplies with GST Charged (Kod Cukai)
Muat Turun
-
Carta Alir Permohonan Permit Kerusi, Meja dan Skrin Layar
-
Borang Permohonan Permit Kerusi, Meja dan Skrin Layar
Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)
Garis Panduan Permohonan Lesen/Pekeliling/Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perindustrian dan Perniagaan (MBSA) 2007.
Kaedah Bayaran
- Kaunter Utama
Lif A, Aras G, Wisma MBSA
- Kaunter Jabatan Pelesenan
Lif A, Aras 13 , Wisma MBSA
|
- Tunai
- Kad Kredit
- Cek
Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :
- MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi bayaran bil proses
- MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran
|
Hubungi
Unit Komposit,
Jabatan Pelesenan,
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1384/1246/1403/1485
Faks: 03-5512 0226
Emel: lesen@mbsa.gov.my