PERMOHONAN PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH DOMESTIK
1. Pemaju atau pemilik hendaklah mengemukakan surat permohonan secara rasmi kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam beserta dokumen lengkap yang diperlukan seperti berikut :
- 2 Salinan Pelan Kawasan yang akan diserahkan kepada Majlis
- Pelan lokasi bangunan dan kebuk sampah
- Inventori lengkap bilangan premis dan bilangan kebuk sampah (beserta tong sampah) yang akan diserahkan kepada Majlis
- Salinan Sijil Layak Menduduki (CCC/CF)
- Gambar-gambar berkaitan kawasan penyerahan (eg : gambar kawasan perumahan, kebuk sampah dan tong sampah)
2. Pengambil alihan permohonan kawasan baru adalah setiap 4 bulan sekali.
3. Pemaju atau pemilik premis dikehendaki menyediakan tong sampah yang secukupnya sebelum diserahkan kepada pihak Majlis. Jenis tong sampah yang perlu disediakan mengikut jenis premis adalah seperti berikut :-
JENIS PREMIS | JENIS TONG SAMPAH |
Kediaman jenis bertanah (landed) (Teres / Banglo/ Semi-D / Townhouse) | Mobile Garbage Bin (MGB) 120 Liter di hadapan setiap premis [ Size : 940mm (T) X 480mm X 550mm] |
Kediaman Bertingkat / Kedai Pejabat/ Hotel / Kilang Sesebuah / Kompleks Perniagaan atau apa – apa premis yang menggunakan rumah sampah berpusat (RSB) | Sisa domestik: Leach Bin 1500 Liter - Jumlah tong minimum 2 unit atau secukupnya mengikut kapasiti sampah harian yang dihasilkan - [size : 1650mm X 990mm X 1370mm] (ketebalan besi 3mm) Sisa kebun/ kitar semula / pukal : Minimum tong sampah beroda mudah alih MGB 660 Liter (perkhimatan kutipan adalah di bawah tanggungjawab pihak JMB / pemilik) |
Tempat meletak kenderaan awam (island area) untuk kemudahan pengguna awam di kawasan komersial | 2 unit tong standing bin 80 liter disetiap bin point : - 1 unit bagi sisa domestik - 1 unit bagi sisa kitar semula - Terdapat kemudahan membuang putong rokok |
Tadika sesebuah / Restoran Sesebuah / Pusat Penjaja | Mobile Garbage Bin (MGB) 660 Liter (Jumlah tong mengikut anggaran janaan sisa harian) |
Komersial (kebuk sampah individu) | Mobile Garbage Bin (MGB) 240 Liter |
4. Pemaju atau pemilik perlu melantik syarikat / kontraktor kutipan swasta bagi memastikan kerja –kerja kutipan berjalan lancar sebelum dan sehingga kerja tersebut diambil alih oleh Pihak Majlis.
Muat Turun
- SENARAI SEMAK DOKUMEN PENYERAHAN PERKHIDMATAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN KAWASAN
- CARTA ALIR SOP PENGAMBIL ALIHAN PERKHIDMATAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN KAWASAN JPSPPA
- BORANG PENGUKURAN KAWASAN / INVENTORI – SISA PEPEJAL