Perkhidmatan Kawalan Kebersihan Rumah Dan Lot Kosong​​ Terbiar / Terbengkalai

​PERKHIDMATAN KAWALAN KEBERSIHAN RUMAH dan LOT KOSONG terbiar / terbengkalai di kawasan pentadbiran mbsa

Perkhidmatan kawalan kebersihan rumah & lot kosong terbiar / terbengkalai di kawasan pentadbiran MBSA adalah merangkumi penguatkuasaan undang – undang ke atas pemilik lot / rumah yang tidak menyelenggara kebersihan lot / rumah persendirian yang tidak diduduki atau dibiarkan kotor. Rumah / lot kosong berpotensi untuk menjadi kacau-ganggu kepada penduduk sekitar. 

Proses Carta Alir Tindakan Pihak Majlis Terhadap Rumah Dan Lot Kosong Terbiar Terbengkalai

carta alir

Tanggungjawab Anda

  • Menguruskan rumah / lot kosong dengan baik
  • Membersihkan tumbuhan liar & menebang pokok yang telah mati atau reput
  • Menjalankan kerja pembersihan ke atas rumah / lot kosong sekurang – kurang 2 bulan sekali.
  • Memaparkan atau memacakkan papan tanda makluman pemilikan tanah serta nombor telefon pemilik untuk dihubungi oleh pihak Majlis.
  • Memasang pagar di sekeliling rumah / lot kosong bagi mengelakkan ia menjadi tempat apa-apa aktiviti yang tidak diingini.

Jika Ingkar Arahan Notis

Pemilik akan dikenakan ;

  • Kompaun RM500.00 dibawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976
  • Denda tidak melebihi RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) atau penjara tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya dibawah seksyen 82(5), Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  • Tindakan pembersihan oleh pihak Majlis dan segala kos pembersihan akan dicaj ke dalam bil cukai taksiran pemilik.

Kad​ar

  1. RM 0.45 / m² (keluasan tanah untuk dibersihkan)
  2. RM 300.00 / trip (anggaran keluasan 1000-1500 m² )
  3. RM 200 / rumah teres lot tengah
  4. RM 250 / rumah teres lot tepi
  5. RM 400 / rumah banglo

Hubungi ​​​

  1. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam,
    Lif A, Tingkat 4, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
    40000 Shah Alam, Selangor
    ​No. Tel​:​​03 - 5510 5133
    No. Faks​:​03 - 5512 7014
    ​Emel​:​sisapepejal@mbsa.gov.my​​​​

     

  2. Ahmad Safuan Bin Mat Shah
    ​Jawatan​​:​​​​Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
    ​No. Tel​:​​03 - 5510 5133
    Sambungan​:​1462​
    ​No. Tel. Bimbit
    ​:

    017​​ – 2263 514

    ​No. Faks​:​​03 - 5512 7014
    ​Emel​:​ ​elyywan@gmail.com​​