Serahan Kawasan Baru - Perkhidmatan Pembersihan Awam



1.       Pemaju atau pemilik hendaklah mengemukakan surat permohonan secara rasmi kepada Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa​ beserta dokumen lengkap yang diperlukan seperti berikut :

    1. 2 Salinan Pelan Kawasan yang akan diserahkan kepada Majlis
    2. Pelan lokasi
    3. Inventori lengkap seperti berikut :​

      - Nama Jalan

      - Panjang Jalan (m)

      - Panjang Longkang (m)

      - Bilangan Sump / Grating Sump

      - Bilangan Parit Erong

      - Luas kawasan berumput mengikut setiap jalan (m²)

      - Luas kawasan berumput keseluruhan kawasan yang akan diserahkan (m²) (tidak termasuk kawasan rekreasi)
    4. Salinan Sijil Layak Menduduki (CCC/CF)
    5. Gambar-gambar berkaitan kawasan penyerahan (eg : gambar kawasan perumahan, longkang, kawasan lapang, sump & grating)
       

2.       Pengambil alihan permohonan kawasan baru adalah setiap 4 bulan sekali.​​​

3.       Pemaju atau pemilik premis hendaklah memastikan kawasan yang akan diserahkan berada dalam keadaan kemas, bersih dan memuaskan sebelum pembersihan kawasan diambil alih oleh pihak Majlis.

 

Muat Turun​

  1. SENARAI SEMAK DOKUMEN PENYERAHAN PERKHIDMATAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN KAWASAN Muat Turun Borang Semakan Permohonan Serentak
  2. CARTA ALIR SOP PENGAMBIL ALIHAN PERKHIDMATAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN KAWASAN JPSPPA
  3. BORANG PENGUKURAN KAWASAN / INVENTORI – PEMBERSIHAN KAWASAN Muat Turun Borang Semakan Permohonan Serentak