PULANGAN BALIK KREDIT CUKAI TAKSIRAN (REMISI)
Pengenalan
Pulang Balik Cukai Taksiran adalah dimana pemilik bangunan boleh memohon untuk mendapatkan semula Cukai Taksiran yang telah dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya bangunan yang dimiliki itu kosong dan untuk disewa. Namun pernohonan hanya boleh dipertimbangkan sekiranya semua syarat-syarat telah dipatuhi oleh pemohon. Permohonan remisi ini akan dipertimbangkan dengan syarat bayaran Cukai Taksiran dijelaskan terlebih dahulu.
Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)
Pulang Balik Cukai Taksiran adalah diperuntukan di bawah Seksyen 162, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Syarat
Tuntutan boleh dibuat jika bangunan tersebut kosong (tidak dapat disewakan) lebih dari sebulan.
Pemilik hendaklah memberi NOTIS bertulis mengenai kekosongan tersebut dalam tempoh 7 hari bermula dari kekosongan bangunan.
Dalam membuat tuntutan, pemilik mesti mengemukakan BUKTI yang memuaskan bagi perkara-perkara berikut :-
bangunan dalam keadaan baik dan layak untuk diduduki.
telah berusaha mendapatkan penyewa (salinan keratan iklan atau surat agen).
sewa yang diminta adalah munasabah.
bangunan telah kosong dalam tempoh yang dituntut itu. Jika bangunan masih dalam pembaikan untuk ianya layak diduduki dan pemilik ada membuat permohonan remisi, perkara (a), (b) dan (c) tidak perlu dibuktikan.
Bagi pegangan kategori Rumah Kedai, Perdagangan dan Industri, keluasan minima untuk permohonan remisi ialah 1,000 kp.
Pemilik hendaklah membawa tuntutan remisi secara bertulis tidak lewat dari 1 bulan selepas setengah tahun yang berkenaan iaitu pada :-
Pemilik mesti menyatakan tarikh-tarikh kekosongan dan alamat-alamat untuk dihubungi.
Muat Turun
Syarat-syarat Permohonan Remisi.
Borang Rasmi - Notis Pemberitahuan Mengenai Kekosongan.
Borang Permohonan Remisi.
Borang Tuntutan Remisi.
Hubungi
Seksyen Penilaian
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,
Lif B, Tingkat 2, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor.