CUKAI TAKSIRAN
Pengenalan
Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan kepada semua pegangan atau hartanah berkadar yang ada di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Akta
Kuasa untuk mengenakan Cukai Taksiran adalah selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dibawah Seksyen 127 yang membolehkan Majlis Bandaraya Shah Alam mengenakan kadar atas pegangan yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran MBSA.
Bagaimana Nilaian Tahunan Ditentukan?
-
Nilai Tahunan merupakan Anggaran Kasar Sewa Tahunan yang munsabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan.
NILAIAN TAHUNAN = ANGGARAN SEWA KASAR SEBULAN X 12 BULAN
|
Kategori Pegangan | : | Kediaman (Rumah Teres 2 Tingkat) |
Luas Bangunan | : | 143.85 mp |
Anggaran Sewa skp | : | RM 4.85 smp |
Anggaran Sewa Kasar Setahun | : | 143.85 mp x RM 4.85 smp = RM 697.67 |
Anggaran Sewa | : | RM 700.00 x 12 |
Nilaian Tahunan | : | RM 8,400.00 |
Kadar | : | 4% |
Cukai Taksiran Setahun | : | RM 336.00 |
Cukai Taksiran Sepenggal | : | RM 168.00 |
-
Bagi Tanah Kosong, Nilai Tahunan ditentukan berdasarkan 10% dari nilai harga pasaran tanah tersebut. Ia berpandukan dalam Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Kategori Pegangan | : | Kediaman (Rumah Sesebuah) |
Luas Bangunan | : | 10,000 kp |
Nilai Pasaran skp | : | RM 40 skp |
Kadar T.K (Kediaman) | : | 3.5% |
Nilai Pasaran | : | 10,000 kp x RM 40.00 skp |
Nilaian Tahunan | : | RM 400,000.00 x 10% = RM 40,000.00 |
Cukai Taksiran Setahun | : | RM 40,000.00 x 3.5% = RM 1400.00 |
Cukai Taksiran Sepenggal | : | RM 700.00 |
Kadar
Struktur kadar yang dikuatkuasa sekarang adalah kadar yang berbeza-beza mengikut jenis kegunaan. Kadar-kadar yang telah diluluskan bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:-
Bangunan | Tanah Kosong |
4.0 | 3.5 |
3.5 | 3.5 |
5.0 | 5.0 |
7.0 | 6.5 |
7.5 | 7.0 |
2.0 | 1.0 |
- | 3.5 |
Pengurangan Cukai Taksiran Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU)
-
Kadar bagi OKU hanya digunapakai apabila permohonan diterima dari pemilik OKU.
-
Walau bagaimana pun berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 11/2013 bertarikh 20 Mac 2013 meluluskan pengurangan 50% Cukai Taksiran kepada pemilik pegangan OKU yang memiliki dan menduduki rumah kediaman sahaja
-
Tatacara permohonan pengurangan Cukai Taksiran bagi OKU adalah seperti berikut:-
i. |
Permohonan dibuat secara bertulis melalui Borang Permohonan Pengurangan Cukai Taksiran untuk OKU yang disediakan oleh dan dihantar kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta melalui serahan tangan, emel, faks atau pos. Contoh borang seperti diLampiran 2. |
ii. |
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta akan melakukan lawat periksa ke atas harta tanah bagi mengesahkan harta tanah adalah didiami oleh pemohon dan bukan bertujuan disewakan. |
iii. |
Setiap permohonan hendaklah diperbaharui setiap tahun dengan cara :
Menghantar Borang Permohonan sebelum 28 Februari setiap tahun berikutnya.
|
Layak untuk kadar pengurangan setahun
|
|
iv. |
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta akan membentangkan permohonan di Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan untuk kelulusan. Pelarasan semua pengurangan bayaran Cukai Taksiran OKU akan dilakukan oleh Jabatan Kewangan melalui proses pejernalan bagi akaun terbabit selepas penerimaan memo daripada Jabatan Penilaian dan Pengursan Harta (iaitu selepas diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan). Muat TurunBorang Pengesahan Cukai Taksiran |
Hubungi
Seksyen Penilaian
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,
Lif A, Tingkat 2, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 03-5510 5133 samb. 1364 / 1359 / 1360
No. Faks : 03 - 5513 8511
Emel : penilaian@mbsa.gov.my
Tempoh Bayaran
Cukai Taksiran perlu dibayar dua kali setahun iaitu pada :-
- Penggal Pertama - 1 Januari Hingga 28 Februari.
- Penggal Kedua - 1 Julai Hingga 31 Ogos.
Tindakan Ingkar Patuh
Sekiranya Cukai Taksiran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh dikenakan tindakan-tindakan tersebut:-
Notis Denda Borang
Mengikut Seksyen 147 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, notis berdenda dalam Borang E akan dikeluarkan supaya anda menjelaskan tunggakan dalam tempoh 15 hari. Denda yang dikenakan adalah sebanyak RM20.00.
Waran (Borang F)
Sekiranya dalam tempoh 15 hari anda masih gagal menjelaskan tunggakan, waran tahanan dalam Borang F akan dikeluarkan sebanyak 4% daripada jumlah tunggakan.
Inventori (Borang G)
Pengeluaran waran membolehkan MBSA membuat inventori/ senarai dalam Borang G mengenai segala harta alih yang ditahan dalam harta/ premis yang senilai dengan jumlah tunggakan. Sekiranya dalam tempoh 3 hari tunggakan tidak dijelaskan, harta tersebut akan disita dan dijual melalui lelongan awam.
Menahan dan Menjual Harta (Borang H)
Sekiranya jumlah tunggakan melebihi nilai harta alih, Borang H akan ditampal di suatu tempat yang mudah dilihat pada harta dan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah jualan akan dijalankan.
Tindakan Undang-undang
Tindakan mahkamah untuk melelong harta tak alih berdasarkan peruntukan Seksyen 15 Akta 171 akan dijalankan oleh peguam Panel Majlis.
Segala kos guaman dan kos tindakan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik dan akan dituntut sebagai sebahagian daripada tunggakan.
CARA BAYARAN
Pembayaran bagi Cukai Taksiran boleh dibuat di ketetapan seperti di bawah:-
jlis
Kaunter Utama Tingkat G, Wisma MBSA.
Kaunter Pandu Masuk Wisma MBSA.
Pejabat Cawangan Sungai Buloh.
Pejabat Cawangan Kota Kemuning.
Pihak Berkuasa Tempatan
Pejabat Tanah/ Daerah
Agensi Setempat
Pejabat Pos - Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
Tenaga Nasional Berhad - Shah Alam (Sebelum/ pada tarikh akhir bayaran)
Telekom Malaysia Berhad - Shah Alam (Sebelum/ pada tarikh akhir bayaran)
Bank
Bank Simpanan Nasional - Tunai
Ambank - Tunai
Affin - Tunai dan Cek
Agro - Tunai dan Cek
Bank Muamalat - Tunai dan ATM
Bank Rakyat - Tunai dan ATM
Bank Islam - Tunai, ATM dan Cek
Kad Kredit
Kad Caj
American Express
Diners Club
Arahan Tetap
Portal Bank/ Agensi
HubungiBahagian Pengurusan Hasil
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Jabatan Kewangan,
Lif A, Tingkat 21, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor.