Pengurangan Cukai Taksiran Bagi OKU

PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN BAGI ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)​

  1. Kadar bagi OKU hanya digunapakai apabila permohonan diterima dari pemilik OKU.

  2. Walau bagaimana pun berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 11/2013 bert​arikh 20 Mac 2013 meluluskan pengurangan 50% Cukai Taksiran kepada pemilik pegangan OKU yang memiliki dan menduduki rumah kediaman sahaja

  3. Tatacara permohonan pengurangan Cukai Taksiran bagi OKU adalah seperti berikut:-​

    ​i.​Permohonan dibuat ​secara bertulis melalui Borang Permohonan Pengurang​an Cu​​​kai Taksiran untuk OKU yang disediakan dan dihantar kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta melalui serahan tangan, emel, faks atau pos.  Contoh borang seperti di Lampiran 2  
    ​ii.​Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta akan melakukan lawat periksa ke atas harta tanah b​agi mengesahkan harta tanah adalah didiami oleh pemohon dan bukan bertujuan disewakan.
    ​iii.

    ​Setiap permohonan hendaklah diperbaharui setiap tahun dengan cara :

    ​Temp​oh P​ermohonan​​​

    ​​Keputusan

    ​​Menghantar Borang Permohonan sebelum 28 Februari setiap tahun berik​utnya.

    Layak untuk kadar pengurangan setahun

    iv.​

    ​Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta akan membentangkan permohonan di Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan untuk kelulusan. Pelarasan semua pengurangan bayaran Cukai Taksiran OKU akan dilakukan oleh Jabatan Kewangan melalui proses pejernalan bagi akaun terbabit selepas penerimaan memo daripada Jabatan Penilaian dan Pengursan Harta (iaitu selepas diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan).​​

    ​Hubungi

    Seksyen Penilaian
    Majlis Bandaraya Shah Alam,
    Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,
    Lif A, Tingkat 2, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
    40000 Shah Alam, Selangor.

    No. Tel     :     03 – 5510 5133 sambungan 1289 / 1362 / 1364​

    No. Faks  :     03 - 5513 8511
    Emel        :     penilaian@mbsa.gov.my​​