Shah Alam terkenal sebagai bandaraya anggerik. Renantanda Shah Alam lahir pada tahun 1986 hasil dari kacukan Renanthere Kalsom dan Vanda Penang.
Bunga ini mula mengeluarkan bunga pada tahun 1990 dan didaftarkan di Queen Elizabeth Botanical Garden, London.
MBSA bergiat aktif di dalam aktiviti anggerik mulai tahun 1990 dengan menganjurkan Festival Anggerik Antarabangsa setiap tahun.
Pada 24 April hingga 2 Mei 2002, Kerajaan Negeri Selangor melalui MBSA diberi penghormatan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Anggerik Sedunia ke-17 (17th. World Orchid Conference 2002).
Persidangan tiga tahun sekali ini, menjadi lokasi pertemuan hampir 2,000 delegasi yang terlibat di dalam industri anggerik seluruh dunia.