LOGO AKRAB
Logo AKRAB terdiri daripada 3 warna utama iaitu biru bermaksud ketenangan, keharmonian, warna kehidupan, kesetiaan dan kemanusiaan, kuning bermaksud keceriaan, bebas dari belenggu masalah dan merah bermaksud bersedia membantu dan membimbing. Bentuk 3 orang di tengah logo bermaksud semangat setia kawan, sepakat, kerjasama dan muhibbah. Bentuk bulatan pula membawa maksud kesepaduan dan bersatu hati. Lambang Persekutuan bermaksud berkhidmat dengan ikhlas untuk Negara.