Bahagian Pusat Setempat (OSC)

BAHAGIAN PUSAT SETEMPAT (OSC)

Fungsi Bahagian

  1. Menyediakan kemudahan bayaran bil setempat, menerima aduan dan pertanyaan berkaitan MBSA .

  2. Menerima dan menyemak permohonan pelan pemajuan secara serentak dan berasingan.

  3. Mengedar permohonan cadangan pemajuan kepada Jabatan – Jabatan Teknikal dan jabatan lain yang berkaitan.

​Piagam Pelanggan

  1. ​Menerima menyelaras dan mengedar permohonan cadangan pembangunan yang lengkap ke Jabatan Teknikal Dalaman dan Agensi/Jabatan Teknikal Luaran dalam tempoh 1 hari.

    • Penerimaan sebelum jam 12.00 tengahari – edaran pada hari yang sama.​

    • Penerimaan selepas jam 12.00 tengahari – edaran pada hari berikutnya.​​​

  2. Memantau dan menyelaras penerimaan ulasan/perakuan permohonan cadangan pembangunan daripada Jabatan Teknikal Dalaman dan Agensi/ Jabatan Teknikal Luaran selepas edaran seperti berikut :

    • Agensi/jabtan memberi ulasan permohonan – 7 hari.

    • Jabatan memberi perakuan/arahan bertulis permohonan – 14 hari.​​

  3. Memastikan setiap permohonan cadanagn pembangunan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) mengikut tempoh seperti berikut :

    • Pemohonan pelan pembangunan secara serentak kategori I, II, III, IV - 40 hari

    • Permohonan pelan pembangunan secara berasingan Pelan Kebenaran Merancang, Kejuruteraan & Landskap – 40 hari dan permohonan Pelan Bangunan - 30 hari

  4. Memastikan Jabatan Teknikal Dalaman mengemukakan kertas kerja untuk perakuan jawatankuasa selewat-lewatnya 7 hari sebelum mesyuarat.​

  5. ​Mengumpul, menyelaras dan mengemukakan kertas kerja perakuan jawatankuasa kepada urusetia mesyuarat untuk edaran kepada ahli Jawatankuasa Pusat Setempat selewat-lewatnya 3 hari sebelum mesyuarat.​

  6. ​Mengurusetiakan dan memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat diadakan 2 kali sebulan.​

  7. Memastikan surat makluman keputusan yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat diedarkan kepada pemohon dalam tempoh 3 hari .

  8. Memantau dan memastikan pengeluaran kelulusan penuh oleh Jabatan Teknikal Dalaman dalam tempoh 7 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat.

  9. Menerima dan mendaftar permohonan cadangan pembangunan yang lengkap di kaunter OSC tidak melebihi dari satu (1) jam.

  10. Memastikan Masa menunggu untuk mengemukakan permohonan cadangan pemajuan tidak melebihi dari 30 minit.

  11. Memastikan masa menunggu untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan cadangan pemajuan tidak melebihi 15 minit.​​