Pasukan Tindakan Segera (Pantas)

​​logo pantas

​Pengenalan 

Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) meru​pakan pasukan yang mengendalikan ke​s kecemasan dan bencana yang ditubuhkan di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 3/2013). Unit PANTAS bertugas untuk tempoh 24 jam 7 hari seminggu mengikut giliran bertugas 8 jam setiap shif.​​​


Objektif penubuhan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) adalah seperti berikut :

  1. Memberi bantuan asal terhadap aduan kecemasan dan bencana mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

  2. Penyelarasan awalan bantuan bersama jabatan dalaman, agensi keselamatan dan penyelaras Bencana Daerah selaras dengan Arahan No 20, M​​ajlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum diambil alih oleh Jawatankuasa Pengurusan Kecemasan dan Bencana. 

  3. Memastikan operasi bantuan dilaksanakan mengikut Pelan Tindakan Tetap Pengurusan Kecemasan dan Bencana dan mematuhi Arahan Keselam​atan yang telah digariskan.​​       

Skop Penugasan dan Terma Rujukan   

Skop Penugasan PANTAS adalah seperti berikut:

  1. Berkaitan aduan kecemasan dan bencana sahaja:-​

    • B​​ANJIR : Banjir Kilat dan Banjir

    • TANAH RUNTUH : Tanah Runtuh dan Mendapan Tanah

    • RUNTUHAN : Bangu​nan/Kawasan Pemajuan

    • RIBUT : Pokok Tumbang dan Bumbung Terbang

    • KEMALANGAN : Tiang/Pokok Tumbang, Kerosakan Harta Awam, Kenderaan dan Tumpahan Minyak

    • KEBAKARAN : Perumahan, Industri dan Pertanian​

  2. Aduan selain jenis kecemasan dan bencana yang diselaraskan kep​ada jabatan mengikut tata​cara pengendalian aduan awam PBT.

  3. Terma rujukan bagi PANTAS adalah seperti berikut:

    • Kecemasan dan bencana

    • Memberi ​bantuan awalan dan penyelarasan awalan bantuan

    • Pusat infor​masi bencana

    • Pengurusan dan bantuan bencana, Majlis Keselamatan Negara, Arahan No. 20

Fungsi dan Peranan

Fungsi dan peranan PANTAS adalah seperti berikut :

  1. Mengoperasikan Bilik Gerakan Kecemasan dan Bencana

    • Setiap PBT perlu mempunyai BIlik Gerakan Kecemasan dan Bencana.

    • Talian Bilik Gerakan perlu berfungsi 24 jam setiap hari.

    • Menerima, merekod dan menyelaras aduan kritikal perkhidmatan PBT dan aduan kecemasan dan ben​​cana. Cth: Jalan rosak teruk, tanah mendap, runtuhan, kebakaran dan lain-lain.​

    • Menyelaras komunikasi dan bantuan di dalam pelaksanaan operasi bantuan kecemasan dan bencana.

    • Penyediaan laporan dan kemaskini rekod kejadian dan tindakan terhadap aduan kecemasan dan bencana.

    • Menerima aduan perkhidmatan biasa PBT dan diselaraskan mengikut tatacara pengurusan aduan awam PBT.​

  2. Bertindak sebagai Pasukan Bantuan Awal (first responder) di dalam   memberi bantuan Kecemasan dan Bencana.

    • Bergerak ke lokasi aduan mengikut tempoh masa (response time) yang ditetapkan.

    • Memberikan bantuan kecemasan dan bencana kepada mangsa sekiranya pasukan keselamatan lain belum tiba.

    • Kawalan la​lulintas dan keselamatan di tapak kejadian sebelum pasukan keselamatan tiba.

    • Membuat penilaian risiko dan situasi.

    • Laporan awal situasi kecemasan dan bencana dan perancangan bantuan kecemasan.

  3. Membantu agensi keselamatan lain di dalam melaksanakan tindakan bantuan kecemasan dan bencana​

    • Be​ntuk bantuan yang boleh diberikan:

      • Rawatan kecemasan dan menyelamat mangsa

      • Ka​walan lalulintas dan keselamatan

      • Daftar dan rekod mangsa Pemulihan keadaan persekitaran

      • Komunikasi bersama pelbagai Agensi Penyelamat dan Keselamatan

  4. Penyelarasan bantuan kecemasan dan bencana merangkumi aspek logistik, kepakaran dan ke​bajikan

    • Logistik

      • Pusat Kawalan Tapak Kejadian (PKTK)

        - Khemah, kerusi dan meja, whiteboard, tandas bergerak, Pejabat bergerak, Pas Keselamatan

      • Penyediaan Peralatan Menyelamat

      • Penyediaan Tempat Pemindahan​

      • Penyediaan Jentera

      • Pengangkutan

    • Kepakaran

      • Tekn​ikal Infra, Kesihatan Persekitaran​

    • Kebajikan

      • Kepada Petugas

      • Kepada Mangsa (sekiranya tidak diselaraskan oleh pihak JKM)

  5. Mengoperasikan Pusat Informasi Kecemasan dan Bencana di Pusat Kawalan Tapak Kejadian

    • Merekodkan kehadiran agensi keselamatan, tetamu dan pihak media.

    • Mengemaskini maklumat dan informasi operasi bantuan, situasi kejadian dan mangsa.

    • Menyalurkan maklumat yang tepat kepada orang awam, tetamu dan pihak media (tertakluk kepada kebenaran ketua pegawai operasi-MKN20)

    • Mengoperasikan pusat in​formasi dari mula sehingga berakhir kejadian.

  6. Penyelarasan pemulihan tempat kejadian.

    • Memantau dan menyelaras tindakan pemulihan tempat kejadian.

Hubungi

Bilik Gerakan Pantas,
Tingkat L1, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.              

Telefon: 03-5510 5811
Hotline : 1-800-88-4477 
Faks  : 03-5511 3836
Emel : pantas@mbsa.gov.my