Tempahan Teater Shah Alam

​​​​​​​BAYARAN

Kadar bayaran yang dikenakan untuk penyewa adalah seperti berikut : 

Persiapan

MASA​​​

​PERSIAPAN 
(Tanpa penghawa dingin)
​PERSI​APAN
(dengan penghawa dingin)
​4 jam
​RM 1,600.00
​RM 3,100.00
​6 jam
​RM 2,200.00
​RM 4,400.00
​8 jam
​RM 3,​100.00​​
​RM 5,800.00​
​12 jam
​RM 4,300.00
​RM 8,600.00


Acara / Raptai
​MASA​​

​CAJ UTILITI
​CAJ PEMBERSIHAN
​KAD​AR SEWAAN
​JUMLAH KESELURUHAN SEWAAN
​4 jam
​RM 5,00​0.00
​RM 200.00
​RM 2,500.00
​RM 7,700.00
​6 jam​
​RM 7,000.00
​RM 300.00
​RM 3,500.00
​RM 10,800.00
​8 jam
​RM 10,000.00
​RM 400.00
​RM 5,000.00
​RM 15,400.00
​12 jam
​RM 14,000.00
​RM 500.00
​RM 7,000.00
​RM 21,500.00


  1. Setiap penyewaan akan dikenakan cagaran sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan sewaan. 

  2. ​Kadar sewaan tidak termasuk dengan pencahayaan pentas, sistem audio & visual pentas, jurutera bunyi dan pembantu khas. Penyewa dikehendaki menyewa keperluan tersebut dengan pihak lain.

  3. Setiap penyimpanan barang oleh pihak penyewa akan dikenakan bayaran sebanyak RM 1,000.00 (sehari).

  4. Kadar sewa yang dikenakan adalah termasuk peralatan sediada di dalam Bangunan Teater Shah Alam dan perkarangan tempat letak kereta.

  5. ​Menjelaskan bayaran sewaan dan bayaran cagaran sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran bersama-sama surat setuju terima penggunaan yang dilampirkan.  Bayaran secara tunai atau sekiranyan cek berpalang perlulah dikemukakan atas nama:- 

    Bayaran Cagaran: “MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM – AKAUN CAGARAN”

    Bayaran Sewaan: “MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM”

  6. Bayaran Sewaan dan Cagaran perlu dijelaskan sebelum atau pada mengikut tempoh seperti yang tertera dalam surat tawaran. 

  7. Jika sekiranya wang sewaan dan wang cagaran penuh tidak dijelaskan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan, tempahan tidak dapat disahkan dan permohonan akan dibatalkan.  

  8. Jika didapati pengguna/penyewa pada hari penggunaan bukan ‘penyewa sebenar’, Wang Sewaan tidak akan dikembalikan.

  9. 7.Sekiranya penganjur/penyewa/pengguna membatalkan tempahan:- 

    i - Wang Cagaran – Boleh dikembalikan (perlu membuat permohonan tuntutan secara bertulis dan mengisi borang tuntutan cagaran).

    ii- Wang Sewaan – Tidak akan dikembalikan.

    iii- Wang Cagaran perlu dituntut dalam tempoh 3 bulan selepas selesai majlis.​​​​

KATERER

​Katerer lantikan penyewa adalah dibenarkan dengan syarat perlu mematuhi syarat-syarat dan menjaga kebersihan semasa penggunaan sehingga selesai penggunaan serta menggunakan ruangan kafe yang telah disediakan sahaja.​

PERSIAPAN

  1. Penganjur/penyewa/pengguna dikehendaki menghubungi pihak Majlis selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh penggunaan untuk membincangkan persiapan yang akan dibuat.

  2. ​Penganjur/penyewa/pengguna hanya dibenarkan masuk membuat persiapan dan seterusnya menggunakan Teater Shah Alam pada waktu/jangka masa yang ditetapkan sahaja.  Pengguna yang melebihi waktu tempahan akan dikenakan bayaran lebih masa seperti yang ditetapkan.​

KEMUDAHAN TEATER SHAH ALAM

  1. Pihak Penganjur/penyewa/pengguna dibenarkan menggunakan kemudahan-kemudahan sediada seperti tandas, surau, Bilik Persalinan, Bilik MCP, Koridor serta kemudahan asas sahaja.

  2. Majlis tidak menyediakan perhiasan pentas, penyusunan kerusi/meja dan alas meja.  Penganjur/penyewa/pengguna hendaklah menyediakan kerusi meja sendiri mengikut keperluan.​


PERALATAN​

  1. Penganjur/penyewa/pengguna dikehendaki menggunakan peralatan yang disediakan mengikut arahan Majlis dan permintaan terhadap tambahan peralatan di saat-saat akhir tidak akan dilayan.

  2. Penganjur/penyewa/pengguna dikehendaki menggunakan segala alat-alat pepasangan tandas dengan berhati-hati dan cermat.

  3. Penganjur/penyewa/pengguna dikehendaki menggunakan alat-alat mekanikal/elektrik dengan berhati-hati dan cermat.  Pendawaian elektrik tambahan tidak dibenarkan sama sekali sebelum mendapat kelulusan Majlis.

  4. Sebarang kerosakan atau kehilangan hendaklah dilaporkan segera kepada pihak Majlis.  Tuntutan akan dibuat kepada penganjur/penyewa/pengguna atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berpunca daripada kecuaian penganjur/penyewa/pengguna.​​


KAWALAN KESELAMATAN

  1. Majlis tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan harta benda, sebarang kecederaan atau kematian yang berlaku ke atas penganjur/penyewa/pengguna semasa menggunakan Teater Shah Alam atau tempat letak kereta yang dikhaskan.

  2. ​Pameran barang-barang berharga hendaklah mendapat kerjasama daripada pihak polis untuk kawalan keselamatan.​


PERMIT/ KEBENARAN

  1. ​Penganjur/penyewa/pengguna adalah bertanggungjawab mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis dan Jabatan Pelesenan MBSA atau yang berkenaan mengenai aktiviti sebelum menggunakan Teater Shah Alam.

TATACARA/TATALAKU DI DALAM DEWAN

  1. ​​Penganjur/penyewa/pengguna dimestikan berpakaian kemas dan menunjukkan tingkahlaku sopan semasa berada di dalam Teater Shah Alam.​

  2. Dilarang sama sekali merokok di dalam Teater Shah Alam.

  3. Dilarang sama sekali membawa masuk makanan atau minuman ke dalam Teater Shah Alam.

  4. Dilarang sama sekali membawa masuk makanan tidak halal atau minuman keras atau binatang peliharaan ke dalam Teater Shah Alam.

  5. Dilarang memasak dan membasuh pinggan mangkuk di dalam atau pun di kawasan  Teater Shah Alam.

  6. Adalah menjadi tanggungjawab Penganjur/penyewa/pengguna untuk memastikan dewan berada dalam keadaan bersih semasa dan selepas majlis.  Segala sampah sarap atau sisa-sisa makanan hendaklah dibawa keluar terus dari kawasan Teater Shah Alam.

  7. Wang Cagaran TIDAK akan dipulangkan sekiranya tahap kebersihan tidak memuaskan pada hari tersebut.​


PENARIKAN BALIK TAWARAN

  1. Sekiranya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Majlis terpaksa menggunakan Teater Shah Alam pada tarikh yang ditempah, maka tempahan terpaksa dibatalkan.  Wang Cagaran dan Sewaan akan dipertimbangkan untuk pulangan.

  2. ​Penganjur/penyewa/pengguna tidak berhak menuntut gantirugi dan sebarang tuntutan lain.

  3. Segala keputusan Majlis di atas masalah yang mungkin timbul/berbangkit dengan  penganjur/penyewa/pengguna adalah muktamad.​



Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Tkt 2, (Lif A), Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000 SHAH ALAM.

Tel:  03 – 55222761     Fax:  03 – 5513 8511