INFO BERKAITAN TTPR & TPS

19/03/2024
INFO BERKAITAN TTPR & TPS
 
 

​​​​​​MAKLUMAN

  1. Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (“TTPR") mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan yang berbangkit daripada perjanjian jual beli di antara pembeli rumah dan pemaju perumahan. Tribunal Pengurusan Strata (“TPS'') pula mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Keempat dalam Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757]. Kedua-dua Tribunal ini mempunyai bidang kuasa yang berbeza.

  2. Tuan/Puan boleh merujuk kepada Soalan Lazim TTPR dan TPS bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan senarai bidang kuasa dan prosedur pemfailan. Pautan seperti berikut:

    Soalan Lazim TTPR : https://www.kpkt.gov.my/index.php/pag​es/view/292?mid=281

    Soalan Lazim TPS : https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/605?mid=389


  3. Sekiranya tuntutan tuan/puan termasuk dalam mana-mana bidang kuasa TTPR atau TPS dan tuan/puan ingin memfailkan tuntutan, borang berkaitan boleh dimuat turun di pautan seperti berikut:

    Senarai Borang TTPR : https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/326?mid=280

    Senarai Borang TPS : https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/425?mid=282


Sekiranya tuan/puan memerlukan makluman lanjut, sila hubungi Tribunal ini melalui talian 03-8891 3284.
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan​

 


​​​