| J : | Cukai taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dibawah Seksyen 127. Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak didalam kawasan MBSA : A) Kediaman Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah kedai dan sebagainya. B) Perniagaan Kedai, kedai/pejabat, pusat membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi C) Perindustrian Kilang teres, kilang berkembar dan kilang sesebuah. D) Tanah kosong -Tanah pertanian, tanah pembangunan |