Soalan Lazim Dewan MBSA

SOALAN LAZIM

Sewaan Dewan MBSA

 

1.S :Apakah katagori aktiviti yang sesuai untuk penyewaan dewan- dewan MBSA?
​J :Penyewaan dewan-dewan MBSA dibuka untuk tujuan menjalankan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan, pertunangan, hari jadi, seminar dan mesyuarat.  Untuk aktiviti sukan pula, penyewa boleh menjalani aktiviti permainan badminton, silat, tarian, aerobik, yoga, taekwando dan lain-lain yang bersesuaian.

 

2.S :Bagaimana caranya untuk menempah dewan
​J :Bakal penyewa hendaklah hadir ke Kaunter Tempahan dan Pengurusan Dewan di Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti di Tingkat G, Wisma MBSA dan mengisi borang tempahan sekiranya ada kekosongan.

 

3.S :Bila bayaran harus dijelaskan?
​J :Selewat-lewatnya 3 bulan sebelum penggunaan

 
4.S :Apakah bayaran yang dikenakan?
​J :
  1. Sewa
  2. Bayaran tambahan untuk persiapan/masa tambahan
  3. Penghawa dingin (bagi dewan yang berpenghawa dingin)

5.S :Berapa kapasiti dewan?
​J :

Setiap dewan berbeza saiz. Anggaran kapasiti adalah antara 250 ke 350 orang sekali duduk untuk susunan kedudukan meja bulat (anggaran 25 ke 30 meja bulat)

 

6.S :Apakah fasiliti yang disediakan?
​J :

Setiap dewan dilengkapi dengan lampu dan kipas.  Terdapat  juga dewan yang dilengkapi dengan penghawa dingin.

 

7.S :Adakah pihak MBSA menyediakan kerusi, meja, perhiasan pentas dan lain-lain kemudahan?
​J :

Tidak.  Penyewa harus menyewa sendiri kelengkapan ini daripada pihak lain.

 

8.S :Apa itu bayaran cagaran?
​J :

Bayaran cagaran adalah deposit yang akan dipulangkan semula kepada penyewa selepas penyewa membuat tuntutan setelah selesai majlis. Cagaran akan dipotong sekiranya dewan ditinggalkan dalam keadaan kotor atau sekiranya berlaku kerosakan di dewan sewaktu penyewaan.

 

9.S :Bilakan bayaran cagaran boleh dituntut?
​J :

Penyewa hendaklah membuat tuntutan segera, dalam jangkamasa 3 bulan selepas majlis.  Jika penyewa membuat tuntutan selepas 3 bulan majlis berlangsung, tuntutan tidak akan diproses.

 

10.S :Bagaimana cara menuntut pemulangan cagaran?
​J :

Penyewa hendaklah membuat tuntutan segera, dalam jangkamasa 3 bulan selepas majlis.  Jika penyewa membuat tuntutan selepas 3 bulan majlis berlangsung, tuntutan tidak akan diproses.

 

11.S :Berapa lamakah proses pemulangan cagaran?
​J :

Penyewa akan menerima kembali wang cagaran selewat-lewatnya 1 bulan selepas membuat tuntutan.

 

12.S :Adakah wang penyewa akan dikembalikan sekiranya menyewa membatalkan penyewaan?
​J :

Penyewa tidak akan menerima kembali bayaran sewaan. Pihak MBSA hanya akan membuat pulangan wang cagaran sahaja. Penyewa perlu membuat tuntutan pemulangan cagaran seperti biasa.

 

13.S :Adakah penyewa perlu mendapatkan permit khusus sekiranya ingin menjalankan jualan murah, ceramah, konsert dan lain-lain seumpamanya sebelum menggunakan dewan.
​J :

Ya. Penganjur/penyewa/pengguna adalah bertanggungjawab mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis dan Pihak Berkuasa yang Berkenaan untuk aktiviti-aktiviti tersebut.