Soalan Lazim Aduan

SOALAN LAZIM

Aduan

1.S :Apa itu Aduan Awam ?
​J :Aduan Awam adalah maklum balas yang diterima daripada orang awam mengenai perkhidmatan Majlis Bandaraya Shah Alam  (MBSA). 

 

2.S :Adakah bukan penduduk Shah Alam dibenarkan membuat aduan ?
​J :Ya, bukan penduduk Shah Alam juga boleh membuat aduan. Ini termasuk mereka yang bekerja di Shah Alam dan pengunjung Bandaraya Shah Alam selagi aduan itu berkaitan dengan had penyelenggaraan dan bidang kuasa MBSA.

 

3.S :Bagaimanakah untuk membuat aduan ?
​J :Aduan boleh dibuat melalui saluran – saluran berikut : 
1.   Talian Bebas Tol (1-800-88-4477)
2.   Kaunter :
   - Bahagian Audit Dalam Dan Pengaduan Awam (Tingkat 4, Wisma MBSA)
   - Kaunter Utama, Tingkat G, Wisma MBSA.
   - Pejabat MBSA Cawangan Sungai Buloh
   - Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning
   - Pejabat MBSA Cawangan Setia Alam
   - Kaunter Bergerak MBSA “ Shah Alam On Wheels “
3.   Internet : 
   - E-Aduan MBSA : http://aduan.mbsa.gov.my
4.   Laman Sosial (Facebook, Twitter)
  - Facebook MBSA :  www.facebook.com/shahalamcitycouncil
  - Twitter MBSA      :  www.twitter.com/sacitycouncil
5.   E-Mail :  aduan@mbsa.gov.my
6.   Surat. 
7.   Faks : 03 5510 5462 / 03 5511 3169
8.   Hari Bertemu Pelanggan​


4.S :Apakah yang diperlukan ketika membuat aduan?
​J :Pengadu diminta memberikan butiran diri yang lengkap, perkara yang diadukan dan alamat lengkap lokasi aduan. Jika perkara tersebut tidak diberikan maka aduan tidak dapat direkodkan. Pengadu juga digalakkan memberi apa – apa dokumen sokongan untuk memperjelaskan aduan.

 

5.S :Adakah maklumbalas tindakan aduan akan diberikan ?​
​J :Maklumbalas tindakan aduan akan diberikan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima. Maklumbalas aduan akan diberikan sama ada melalui surat, e mel atau sms. Pihak pengadu juga boleh mendapatkan status aduan yang telah dibuat dengan menghubungi Talian Aduan Bebas Tol 1-800-88-4477. ​