Sekitar Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Edisi November 2024 yang telah berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14 pada 10 November 2024. Program telah dimulai dengan pelepasan Larian Bubble Fun Run 2024 dan Larian Rakan Ekspirasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Acara pelepasan peserta larian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Madiyan bin Haji Baweh, Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam diiringi oleh YBrs. Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Pelbagai acara menarik telah disediakan kepada para pengunjung antaranya cabutan bertuah, senamrobik, petting zoo, wall climbing, pertunjukan parrot brothers, mobile library, kenderaan bergerak MBSA serta pelbagai lagi aktiviti yang menjadi tarikan kepada pengunjung.
Turut diadakan penyerahan “Box of Care MBSB” yang telah disempurnakan oleh YAD. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling bersama YBrs. Puan Norsiah Juriani binti Johari, Ketua Kempulan Komunikasi dan Pemasaran, MBSB.
Hadir bersama YBr. Ahli-Ahli Majlis, MBSA; YBrs. Puan Hajah Asmah binti Mohd Zin, Timbalan Setiausaha Pengurusan, Puan Aniza binti Haji Osman, Timbalan Setiausaha Pembangunan MBSA; YBrs. Encik Shahrin bin Ahmad, Pengarah Pembangunan Komuniti; Pengarah-Pengarah Jabatan serta Ketua-Ketua Bahagian MBSA.