Sekitar Program Jom Beli Baju Raya Bersama Golongan Kurang Berkemampuan Sempena Hari Raya Aidilfitri MBSA 2026 yang telah diadakan pada 3 Mac 2026 bertempat di Gio Fabrics Shah Alam, Seksyen 16.
Seramai 50 penerima bantuan dalam kalangan kanak-kanak berumur 7 hingga 17 tahun dari keluarga kurang berkemampuan di kawasan pentadbiran MBSA telah menerima sumbangan berbentuk set kelengkapan pakaian Hari Raya bernilai RM200 seorang.
Program ini merupakan komitmen berterusan MBSA dalam memperkukuh hubungan bersama masyarakat khususnya golongan B40, di samping menyemarakkan semangat muhibah, kasih sayang dan perpaduan. Inisiatif ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) iaitu Tiada Kemiskinan (SDG1) dan Bandar dan Komuniti Mampan (SDG11).
Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Zabidah binti Safar, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir ialah YDH. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling dan Orang Besar Daerah Petaling, YBrs. Puan Safriah binti Md Adzhar, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Y.M Tengku Ahmad bin Tengku Kasim, Ahli Majlis MBSA, YBrs. Ahli-Ahli Majlis MBSA, YBrs. Encik Suryamuizzudin bin Kamarudin, Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 5, YBrs. Encik Shahrin bin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) merangkap Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA dan pengurusan tertinggi MBSA.
#WeLoveShahAlam
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#PemacuKemajuan
#PenerajuKecemerlangan