SEKITAR PROGRAM BUBUR LAMBUK 2026 ANJURAN YAYASAN KEBAJIKAN INSAN (YAKIN)

bubur lambuk
SEKITAR PROGRAM BUBUR LAMBUK 2026 ANJURAN YAYASAN KEBAJIKAN INSAN (YAKIN)
4/03/2026
Sekitar Program Edaran Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan yang dianjurkan dan ditaja oleh Yayasan Kebajikan Insan (YAKIN) untuk warga kerja Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Program yang telah diadakan pada 3 Mac 2026 di Wisma MBSA ini menyaksikan pengagihan sebanyak 1,000 pek bubur lambuk kepada 1,000 warga kerja terawal sebagai tanda kebersamaan dan semangat muhibah sepanjang bulan Ramadan.

Inisiatif ini mencerminkan jalinan kerjasama strategik antara MBSA dan rakan penaja dalam menyemarakkan semangat kebajikan serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga kerja.

#WeLoveShahAlam
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani

#PemacuKemajuan
#PenerajuKecemerlangan​