MBSA: PROGRAM KORBAN PERDANA PERINGKAT MBSA 2026/1447H

KORBAN
MBSA: PROGRAM KORBAN PERDANA PERINGKAT MBSA 2026/1447H
28/05/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐁𝐒𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Badan Dakwah MBSA telah menganjurkan Program Korban Perdana Peringkat MBSA Tahun 2026/1447H pada 28 Mei 2026 (Khamis) bertempat di Perkarangan Padang Wisma MBSA.

Program ini dilaksanakan bagi menyemarakkan sambutan Aidiladha di samping memupuk semangat ukhuwah, kerjasama dan keikhlasan dalam kalangan warga kerja MBSA serta masyarakat setempat melalui aktiviti gotong-royong korban.

Turut hadir YBrs. Puan Safriah binti Md Adzhar, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, YBrs. Tuan Haji Mohd Firdaus bin Mokhtar, Ahli Majlis MBSA, YBrs. Ahli-Ahli Majlis MBSA, YBrs. Encik Mohd Fauzi Aziz bin Maamor, Pengerusi Badan Dakwah merangkap Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, barisan Pengurusan MBSA serta Pengurus Pejabat Cawangan.

#WeLoveShahAlam
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#PemacuKemajuan
#PenerajuKecemerlangan​