MBSA: PROGRAM SUMBANGAN PRIHATIN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026

sumbangan prihatin
MBSA: PROGRAM SUMBANGAN PRIHATIN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026
16/03/2026

Program Sumbangan Prihatin Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026

Program ini telah diadakan pada 12 Mac 2026 bertempat di Dewan MBSA, Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, Shah Alam hasil kerjasama MBSA bersama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam bagi menyantuni golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Seramai 50 penerima terdiri daripada golongan B40, warga emas serta penduduk sekitar Shah Alam yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan set hamper.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Safriah binti Md Adzhar, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.

Program ini merupakan salah satu inisiatif MBSA dalam membantu golongan kurang berkemampuan serta mengeratkan hubungan silaturrahim bersama masyarakat setempat.

#WeLoveShahAlam
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#HasilDiraihKitaNikmatiBersama
#PemacuKemajuan
#PenerajuKecemerlangan​