Program Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Tabung Majikan Prihatin 2026
Program ini telah diadakan pada 13 Mac 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Renantanda, Wisma MBSA bagi menyampaikan sumbangan kepada kakitangan yang memerlukan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zabidah binti Safar, Datuk Bandar Shah Alam, sebagai tanda keprihatinan MBSA dalam membantu serta meringankan beban warga kerja menjelang Aidilfitri.
Turut hadir barisan pengurusan tertinggi serta warga kerja MBSA.
#WeLoveShahAlam
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#HasilDiraihKitaNikmatiBersama
#PemacuKemajuan
#PenerajuKecemerlangan