MBSA:PELEPASAN KONTIJEN MBSA KE KARNIVAL SUKAN MALA (FASA2) @ MANJUNG

MALA
MBSA:PELEPASAN KONTIJEN MBSA KE KARNIVAL SUKAN MALA (FASA2) @ MANJUNG
3/06/2026

𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐌𝐁𝐒𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐)

Pelepasan Bendera Kontinjen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ke Karnival Sukan MALA 2026 Fasa 2 telah diadakan pada 3 Jun 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Bankuet, Wisma MBSA.

Kontinjen MBSA akan menyertai Karnival Sukan MALA 2026 yang berlangsung pada 4 hingga 6 Jun 2026 di Manjung, Perak melibatkan dua acara sukan iaitu Tarik Tali dan Badminton Berpasukan.

Turut hadir menyempurnakan sesi pelepasan ialah YBrs. Encik Shahrin bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA serta YBrs. Encik Khairul Nizam bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Jabatan Kewangan MBSA.

Semoga kontinjen MBSA terus bersemangat, mempamerkan prestasi terbaik dan mengharumkan nama Majlis sepanjang kejohanan berlangsung.

#WeLoveShahAlam
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#PemacuKemajuan
#PenerajuKecemerlangan​