𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕 (𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔)
Mesyuarat Majlis Kali Kelima Tahun 2026 Penggal 2026/2027 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah diadakan pada 26 Mei 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Perbandaran, Wisma MBSA.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Zabidah binti Safar, Datuk Bandar Shah Alam.
Turut hadir YDH. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling merangkap Orang Besar Daerah Petaling, YBrs. Ahli-Ahli Majlis MBSA, YBrs. Puan Safriah binti Md Adzhar, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, barisan Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian MBSA serta Pengurus-Pengurus Pejabat Cawangan.
Mesyuarat ini membincangkan pelbagai perkara berkaitan pentadbiran, pembangunan dan kesejahteraan bandar Shah Alam dalam usaha memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan serta berimpak tinggi kepada masyarakat.
#WeLoveShahAlam
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#PemacuKemajuan
#PenerajuKecemerlangan