Sekitar Malaysia GPM Sustainability Awards 2024 yang telah berlangsung di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ir. Ts. Hisham Yahaya, Pengerusi Malaysia GPM Sustainability Awards.
Majlis Bandaraya Shah Alam telah mendapat anugerah seperti berikut :
1. Project Excellence (Pelan Tindakan Bandar Pintar Shah Alam 2030) Jabatan Perancangan
2. Project Excellence (Minimizing Carbon Footprint For Shah Alam Landscape Design And Planning For Carbon Sequestration) Jabatan Landskap
3. The Best Project - Project Minimizing Carbon Footprint For Shah Alam Landscape Design And Planning For Carbon Sequestrations
Anugerah ini telah disampaikan kepada YBrs. Puan TPr. Aniza binti Haji Osman, Timbalan Setiausaha Pembangunan, MBSA; YBrs. Majidah binti Md. Ali, Pengarah Landskap serta YBrs. Tuan TPr. Ts. Haji Noraznizam bin Alias, Pemangku Pengarah Perancang serta Pegawai-Pegawai MBSA.
Tahniah diucapkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam !