MBSA : MAJLIS PENYERAHAN PERMIT & KIT BAZAR RAMADHAN 2025 DAN PELUNCURAN PELAN INDUK PENJAJA MBSA (2025 - 2030) YANG TELAH DI SEMPURNAKAN OLEH YB. TUAN NAJWAN BIN HALIMI, EXCO BELIA, SUKAN DAN KEUSAHAWANAN NEGERI SELANGOR

MBSA : MAJLIS PENYERAHAN PERMIT & KIT BAZAR RAMADHAN 2025 DAN PELUNCURAN PELAN INDUK PENJAJA MBSA (2025 - 2030) YANG TELAH DI SEMPURNAKAN OLEH YB. TUAN NAJWAN BIN HALIMI, EXCO BELIA, SUKAN DAN KEUSAHAWANAN NEGERI SELANGOR
12/02/2025

Sekitar Majlis Penyerahan Permit & Kit Bazar Ramadhan 2025 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13. Untuk makluman, pihak MBSA telah mengeluarkan 1,302 permit Bazar Ramadhan kepada para penjaja di 26 lokasi tapak Bazar Ramadhan yang disediakan pada tahun ini.


Majlis perasmian pada hari ini telah disempurnakan oleh YB. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor. Pada majlis tersebut juga telah diadakan penyerahan dan pemakaian apron sebagai simbolik kepada kepada para peniaga Bazar Ramadhan, Penyampaian Sijil Penghargaan Kerjasama Strategik kepada tiga agensi iaitu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI, Agro Bank Berhad serta Sukarelawan Program MySave Food@Bazar Ramadhan.


Turut diadakan Penyerahan Anugerah Pertandingan Gerai Terbersih MBSA 2024 dan Majlis Peluncuran Pelan Induk Penjaja MBSA (2025 - 2030) yang telah disempurnakan oleh YB. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor. Pelan induk ini merupakan strategi komprehensif yang dirangka untuk memperkasa sektor penjaja di Shah Alam secara sistematik dan mampan.


Turut hadir YBrs. Encik Mohd Firdaus Bin Mokhtar, Ahli Majlis, MBSA; Ahli-Ahli Majlis, MBSA; YBrs. Encik Norhisham bin Mohammad, Pemangku Timbalan Setiausaha Pengurusan; YBrs. Encik Mohd Rizal bin Johari, Pemangku Pengarah Pelesenan; Pengarah-Pengarah Jabatan serta Ketua-Ketua Bahagian MBSA.