MBSA : RAIH 3 ANUGERAH PLATINUM DAN 1 ANUGERAH EMAS MENERUSI PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN KREATIVITI DAN INOVASI CITEC 2026

https://mbsa.gov.my/ms-my/Berita/PublishingImages/2026/632162954_1219628516954183_2464834449571905340_n.jpg
 
13/02/2026

​​

Sekitar Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah CITEC 2026. Program telah berlangsung dari 10 hingga 12 Februari 2026 di Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM), Kampus Taiping, Perak, dan majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih 3 Anugerah Platinum dan 1 Anugerah Emas menerusi penyertaan dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi CITEC 2026.

🏆 PENCAPAIAN MBSA:
🔹 INEOS 2.0 (Intelligent Nozzle Equipment Sensor)
Anugerah Platinum CITEC 2026
🥈 Projek Terbaik Mengikut Tema – Tempat Kedua
💰 Hadiah RM1,500
🔹 Sistem eKSA
Anugerah Platinum CITEC 2026
🔹 E-Board Revolution
Anugerah Platinum CITEC 2026
🔹 SMART Q (Kawalan Dokumen Yang Tidak Terkawal)
Anugerah Emas (Gold Award)

Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan MBSA dalam membudayakan inovasi strategik, memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan kecekapan tadbir urus organisasi selaras dengan aspirasi pengurusan tertinggi.​