MBSA : MAJLIS PENGHARGAAN RAKAN STRATEGIK MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM TAHUN 2024

MBSA : MAJLIS PENGHARGAAN RAKAN STRATEGIK MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM TAHUN 2024
28/11/2024

Sekitar Majlis Penghargaan Rakan Strategik Majlis Bandaraya Shah Alam Tahun 2024 yang telah berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis penyampaian penghargaan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Madiyan bin Haji Baweh, Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.

Sebagai menghargai sumbangan dan mengiktraf kerjasama yang telah terjalin di antara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Rakan-Rakan Strategik yang berganding bahu dalam menjayakan program dan aktiviti, pihak MBSA telah mengadakan Majlis Penghargaan kepada Rakan-Rakan Strategik Tahun 2024

Majlis gilang gemilang ini bagi meraikan rakan-rakan strategik MBSA yang terdiri daripada 70 agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Syarikat Korporat dan Swasta, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Pengajian Tinggi dan Pengamal Media yang berterusan membantu merealisasikan visi MBSA iaitu menjadikan Shah Alam sebuah Bandar Raya yang berkualiti, sejahtera, kondusif dan terunggul. 

Turut hadir sama YAD. ACP Tuan Haji Mohd Iqbal bin Ibrahim, Ketua Polis Daerah Shah Alam; YM Tengku Ahmad bin Tengku Kasim, Ahli Majlis, MBSA; YBrs. Tuan Haji Mohd Firdaus bin Mokhtar, Ahli Majlis, MBSA; Ahli-Ahli Majlis; YBrs. Puan TPr. Aniza binti Haji Osman, Timbalan Setiausaha Pembangunan, MBSA; YBrs. Encik Shahrin bin Ahmad, Pengarah Pembangunan Komuniti; Pengarah-Pengarah Jabatan serta Ketua-Ketua Bahagian MBSA.​