Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerjasama bagi penggunaan Sistem MCP-CIDB Malaysia telah berlangsung di Dewan Bankuet, WIsma MBSA.
Untuk Makluman, Sistem MCP-CIDB merupakan satu data maklumat yang diwujudkan oleh pihak CIDB bagi pengumpulan maklumat berkaitan status pendaftaran kontraktor. Sistem ini turut mempunyai maklumat lengkap berkaitan grade kontraktor, maklumat lengkap pemilik serta ahli syarikat. Didalam sistem ini turut terdapat maklumat terperinci berkaitan kakitangan syarikat dan maklumat pengalaman projek.
Sistem ini merekodkan maklumat penarafan bintang dan markah bagi kontraktor seluruh Malaysia bagi kontrak kerja. Sistem ini turut mempunyai maklumat terperinci berkaitan aduan dan amaran atau sekiranya kontraktor disabitkan kesalahan perundangan dan tindakan tatatertib.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ini telah disempurnakan oleh YBgh. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam bersama YBhg. Dato’ Sr. Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia.
Turut hadir, YBRs. Encik Muhammad Shakir bin Ameer Mohideen, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam; YBrs. Tuan Haji Madiyan bin Haji Baweh, Pemangku Timbalan Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis, MBSA, YBrs. Encik Suhaimi bin Mansor, Pengurus Besar Kanan Sektor Pendaftaran & Akreditasi; YBhg. Datin Sr. Norani binti Amat, Pengarah Kontrak dan Ukur Bahan serta Pengurusan Tertinggi MBSA.