Sekitar Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah berlangsung di Dewan Perbandaran, Wisma MBSA. Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam. Turut diadakan sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah di antara YBhg. Datuk Bandar dan disaksikan oleh YBrs. KPKPj Khairul Izwan bin Karim, Timbalan Pengarah (Operasi), SPRM Negeri Selangor.
Seterusnya, turut diadakan penyampaian bahan kempen antirasuah dan sijil penghargaan oleh YBrs. KPKPj Timbalan Pengarah (Operasi), SPRM Negeri Selangor kepada YBhg. Datuk Bandar dan di susuli dengan pertukaran cenderahati oleh kedua-dua pihak.
Turut hadir sama, YBrs. Tuan Haji Madiyan bin Haji Baweh, Pemangku Timbalan Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis, MBSA; Pengarah-Pengarah Jabatan serta Ketua-Ketua Bahagian MBSA.