MBSA : MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON 2025 SEMPENA PROGRAM CABARAN BANDAR RENDAH KARBON 2030 (LOW CARBON CITIES 2030 CHALLENGE – LCC2030C)

https://mbsa.gov.my/ms-my/Berita/PublishingImages/2026/634595319_1219629450287423_565037840287985077_n.jpg
 
13/02/2026

​​​

Sekitar Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2025 sempena Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (Low Carbon Cities 2030 Challenge – LCC2030C) anjuran Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) yang telah berlangsung pada 12 Februari 2026, bertempat di Hilton Hotel Kuala Lumpur.

Penyertaan MBSA dalam program ini melibatkan pelaksanaan projek-projek rendah karbon di peringkat zon, program rendah karbon serta kerjasama strategik bersama rakan kolaborasi. Inisiatif-inisiatif ini telah menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon secara kumulatif di Shah Alam melalui pendekatan pengurusan tenaga, penggunaan teknologi hijau, pengangkutan lestari serta amalan operasi mesra alam.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam, diiringi oleh Timbalan Datuk Bandar YBrs, Pn Safriah Binti Md Adzhar, Pn TPr. Nurul Sheema Abdul Rahman, Pengarah Pengangkutan Bandar serta pegawai-pegawai daripada Unit Mampan, Jabatan Perancangan, dan jabatan-jabatan lain MBSA yang turut hadir memberikan sokongan.

MBSA akan terus mempergiat penyertaan dalam Cabaran Bandar Rendah Karbon (LCC2030C) bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan daripada rakan strategik serta komuniti setempat ke arah mencapai matlamat Shah Alam sebagai Bandar Rendah Karbon menjelang tahun 2035.
Syabas dan tahniah atas pencapaian gemilang ini!