MBSA :MAJLIS ANUGERAH HIJAU KOMUNITI ZON BERSIH MINI (MINI ZEE BEE) SESI 2024/2025

MBSA :MAJLIS ANUGERAH HIJAU KOMUNITI ZON BERSIH MINI (MINI ZEE BEE) SESI 2024/2025
23/01/2025

Sekitar Majlis Anugerah Hijau Komuniti Zon Bersih Mini (MINI ZEE BEE) Sesi 2024/2025 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13 Shah Alam. Majlis telah di sempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Madiyan bin Haji Baweh, Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.

Untuk makluman, Anugerah Hijau Komuniti Zon Bersih Mini (MINI ZEE BEE) Sesi 2024/2025 merupakan inisiatif pihak MBSA untuk meraikan para pemenang yang menyertai Pertandingan Anugerah Hijau Komuniti Zon Bersih Mini (Mini Zee Bee) pada sesi 2024/2025

Tahniah kepada semua pemenang yang telah menerima anugerah berikut:

Kategori Juara Antara Juara :

🏆 Johan
Persatuan Penduduk Surau Al - Husna Seksyen 20

🏆 Naib Johan
Persatuan Penduduk Rimau Indah

🏆 Tempat Ketiga
Persatuan Penduduk Taman Tanjung Api - Api

Kategori Terbuka :

🏆 Johan
Persatuan Penduduk Seksyen 17 Timur dan Barat

🏆 Naib Johan
Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT 16) Rumah Pangsa Seksyen 16

🏆 Tempat Ketiga
Persatuan Penduduk Palatium Bandaraya Shah Alam

Kategori Pengurusan MPP Terbaik :

🏆 Johan
Majlis Perwakilan Penduduk Zon 6

🏆 Naib Johan
Majlis Perwakilan Penduduk Zon 9

🏆 Tempat Ketiga
Majlis Perwakilan Penduduk Zon 23

Turut hadir YAD Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling; YM Tengku Ahmad bin Tengku Kasim, Ahli Majlis, MBSA; Ahli-Ahli Majlis, MBSA; YBrs. Encik Norhisham bin Mohammad, Pemangku Timbalan Setiausaha Pengurusan; YBrs. Encik Shahrin bin Ahmad, Pengarah Pembangunan Komuniti; YBrs. Puan Saripah binti Yaacob, Ketua Juri Anugerah Hijau Komuniti Zon Bersih Mini; Pengarah-Pengarah Jabatan serta Ketua-Ketua Bahagian, MBSA.